Skip to main content

Hiburan

Nidji Harap Muzik Dapat Menyatukan Malaysia & Indonesia - “Janganlah Ada Perpecahan & Perbezaan…”

Yusuf Ubay Nidji

Sekilas

  • Vokalis Nidji, Yusuf Ubay, berharap muzik mereka dapat menyatukan rakyat Malaysia dan Indonesia serta menyampaikan mesej positif bagi menjaga hubungan dua negara.
  • Ubay mengajak orang ramai agar tidak terlalu fokus pada perbalahan negatif di media sosial dan sebaliknya melihat peluang untuk mempereratkan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia.
  • Nidji akan tampil di festival muzik Nu Fest 2027 di Stadium Merdeka, yang menggabungkan muzik, budaya, dan gaya hidup untuk generasi muda Malaysia.
Advertisement

Mewakili kumpulannya dari Indonesia, Nidji iaitu Yusuf Ubay berharap muzik mereka dapat terus menjadi medium penyatuan antara rakyat Malaysia dan Indonesia. 

 

Advertisement

Ubay selalu vokalis berkata, sebagai pemuzik, mereka memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej positif bagi menjaga baik hubungan antara kedua-dua negara. 

 

“Jangan sampai apa-apa perbezaan itu memecah belahkan dan memisahkan kita. Harapan Nidji adalah muzik dapat menyatukan kita semua, sama ada dari Indonesia, Malaysia atau mana-mana negara.

Advertisement

 

“Kita boleh bersatu menerusi sesuatu yang dapat dinikmati bersama. Janganlah ada perpecahan, janganlah ada perbezaan itu. Sebagai pemuzik, satu-satunya cara untuk kita menyatukan semua orang adalah melalui muzik itu sendiri,” katanya kepada Gempak. 

 

Nijdi ditemui ketika sidang media Nu Fest 2027, yang diadakan di Las Palmas Racquet Club, City Parking, Kuala Lumpur, pada Isnin. 

 

Dalam pada itu, Ubah turut berharap orang ramai tidak terlalu menumpukan perhatian kepada perkara negatif yang berlaku di laman sosial terutama melibatkan perbalahan antara rakyat Malaysia dan Indonesia yang didakwa semakin hangat di media sosial sehingga mencetuskan boikot. 

 

“Kalau perpecahan, perbalahan itu jangan terlalu fokusnya ke situ. Kita Indonesia dan Malaysia adalah negara tetangga, kita juga negara yang bersahabat, bersaudara. Jadi jangan sampai kita fokus ke situ saja, cuba kita melihat hal baik lainnya yang boleh kita wujudkan bersama,” katanya.

 

Ubay berkata Nidji mahu menjadi suara yang menenangkan keadaan dan menyatukan dua negara ini. 

 

“Kami sebagai pemuzik mahu menjadi pihak yang boleh menyatukan kedua-dua negara ini. Walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat atau perpecahan, kami mahu menjadi kekuatan pihak yang boleh menenangkan antara dua rumpun ini,” katanya. 

 

Ubay turut mengharapkan agar rakyat Malaysia dan Indonesia mengetepikan perselisihan serta menikmati muzik sebagai ruang untuk mencipta kenangan bersama.

 

“Harapan saya kepada teman-teman di sini, buanglah perkara itu jauh-jauh. Kami datang membawa cinta, kebersamaan dan, kita bawa cerita baru untuk kita kenang memori indah ini untuk seterusnya,” katanya.

 

Terdahulu, perseturuan antara netizen Malaysia dan Indonesia timbul selepas satu jenama Indonesia dipercayai memuat naik hantaran yang dianggap menyentuh sensitiviti negara. 

 

Hantaran berkenaan dipercayai berpunca daripada perdebatan mengenai segelintir rakyat negara Indonesia yang didakwa memandang rendah pasukan bola sepak Malaysia selepas skuad Indonesia menjuarai Piala ASEAN FIFA 2026 dengan menewaskan Thailand.

 

Sementara itu, Nidji akan tampil pada festival muzik Nu Fest 2027 yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Januari tahun hadapan. 

 

Festival ini menghimpunkan muzik, budaya, kreativiti dan gaya hidup dalam festival yang dirancang untuk generasi muda Malaysia.

 

Dianjurkan oleh COMs Creative Studio dengan kerjasama AKE Seni, festival ini akan menghimpunkan barisan artis seperti Nidji, Masdo, The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement