Skip to main content

Hiburan

Nizam Jentik-Jentik Bikin Sebak, Kongsi Video Kenangan Main Teka-Teki Dengan Jalil Hamid - “Tak Sempat Post Untuk…”

Jalil Hamid

Sekilas

  • Pelawak Nizam Jentik-Jentik berkongsi video kenangan bersama Allahyarham Jalil Hamid di TikTok yang dirakam pada Disember tahun lalu.
  • Nizam menyatakan rasa terkilan kerana tidak sempat mengedit dan memuat naik video tersebut untuk tontonan arwah.
  • Allahyarham Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidur selepas menunaikan solat subuh dan jenazahnya dikebumikan pada hari yang sama.
Advertisement

Pelawak, Nizam Jentik-Jentik menyorot perhatian apabila berkongsi video kenangannya bersama pelakon, Allahyarham Jalil Hamid.

Menerusi TikTok, Nizam memuat naik video ‘trademark’ nya bertanyakan teka-teki bersama Allahyarham Disember tahun lalu.

Advertisement

Ujar Nizam, dia sedikit terkilan kerana tidak dapat menyunting serta memuat naik video tersebut supaya dapat ditonton tontonan arwah.

“Al-fatihah kepada the legendary, Jalil Hamid. Saya rakam video ini waktu pertengahan Disember tahun lepas.

“Tak sempat nak edit dan post untuk tontonan arwah,” luahnya.

Di akhir perkongsian, bekas peserta Lawak Solo ini mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sekadar info, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada Isnin dan jenazahnya selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas waktu Asar.

Menurut anaknya, Afiqah Jalil, arwah ayahnya itu meninggal dunia dalam tidur usai beberapa jam menunaikan solat subuh.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement