Skip to main content

Selebriti

Nizam Jentik-Jentik Kongsi Perjalanan Turun Berat Badan, 103 Kg Kepada 66 Kg - “Dari Makan Grilled Chicken, Brokoli & Carrot…”

Nizam Jentik-Jentik Kongsi Perjalanan Turun Berat Badan, 103 Kg Kepada 66 Kg - “Dari Makan Grilled Chicken, Brokoli & Carrot…”

Sekilas

  • Pelawak Nizam Jentik Jentik berjaya menurunkan berat badan dari 103kg ke 66kg dalam masa enam bulan.
  • Proses transformasi melibatkan pelbagai fasa pemakanan yang terancang, termasuk makan satu hidangan sehari dan perubahan diet secara berperingkat.
  • Selain diet, Nizam turut mengubah rutin harian dengan tidur cukup, memasak sendiri, dan aktif melakukan kerja rumah untuk kekal sihat dan bertenaga.
Advertisement

Pelawak, Nizam Jentik Jentik berkongsi perjalanan menurunkan berat badannya.

Menurut Nizam, dia melalui pelbagai fasa sepanjang proses tersebut, termasuk mengamalkan pemakanan tertentu mengikut perancangan jurulatihnya, Murad Zaidi.

Advertisement

“Akhirnya chapter pertama transformasi telah pun berakhir. Dari 103kg - 66kg. Enam bulan secara total.

“Banyak yang saya belajar dari perjalanan ini. Banyak fasa saya lalui. Dari hanya makan grilled chicken breast, broccoli and carrot saja.

“Makan hanya one meal a day, hanya minum air saja selama seminggu, hingga kena makan nasi hari-hari.

Advertisement

“Setiap fasa is well calculated, prescribed and programmed to suit my development, itu yang coach Murad Zaidi buat,” kongsinya.

Tambah Nizam, transformasi tersebut turut mengubah rutin hariannya apabila dia mula mengutamakan tidur yang mencukupi, memasak sendiri serta melakukan lebih banyak kerja rumah bagi memastikan tubuhnya kekal aktif.

“Banyak ubah mindset and rutin saya, tak ada dah tidur lewat malam (sebab coach kata dia nak saya tidur lapan jam sehari, for recovery).

“Saya sudah memasak sendiri makanan saya, dah semakin rajin buat kerja rumah sebab nak gerakkan muscle, and fikiran lebih sharp and nafas lebih teratur.

“Itu semua hasil dari transformasi… Nafsu makan pun da terkawal, takde bernafsu sangat da tengok makanan makanan viral tu, sebab tau benda tu boleh merosakkan badan dalam jangkamasa panjang,” jelasnya.

Sumber: Threads @nizam_jentik_jentik

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement