Skip to main content

Hiburan

Noor Nabila Titip Ucapan Hari Lahir, Bangga Dengan Pencapaian Ameera Khan - “Orang Boleh Bercakap & Dengki Tapi Tak Akan Pernah Jadi Awak”

Noor Nabila

Sekilas

  • Noor Nabila berkongsi ucapan istimewa di Instagram sempena ulang tahun kelahiran adiknya, Ameera Khan, memuji pencapaian dan sikap rendah diri Ameera.
  • Ameera diiktiraf kerana berjaya mewakili Malaysia, bekerjasama dengan jenama antarabangsa, dan memiliki segala-galanya hasil usaha sendiri.
  • Keluarga, termasuk Noor Nabila, sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Ameera dalam perjalanan karier dan kehidupannya.

Kakak kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Noor Nabila menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran adiknya itu.

Menerusi luahan panjang di Instagram (IG), Noor Nabila menyifatkan adiknya itu sebagai individu yang luar biasa namun tetap mengekalkan rasa rendah diri.

“Awak dah capai banyak perkara sepanjanv perjalanan karier awak. Satu pencapaian yang mungkin orang lama dalam industri pun belum tentu dapat rasa.

“Awak terpilih untuk mewakili Malaysia, menjelajah dunia, bekerja dengan jenama-jenama antarabangsa yang besar dan dibayar untuk buat apa yang awak suka namun masih merendah diri. 

"Orang boleh bercakap dan dengki memang dengan awak tapi tahu tak? Mereka takkan pernah jadi awak," katanya. 

Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini juga memaklumkan adiknya juga berjaya memiliki segalanya hasil titik peluh sendiri.

"Awak memang selalu dimanjakan tetapi awak juga boleh berjaya dan itu adalah kehidupan yang seimbang.

“Tetapi awak boleh beli apa yang awak nak (selain apa yang mama dan daddy dah manjakan awak). Awak betul-betul hidup dalam impian yang orang lain hanya mampu bayangkan dan paling best awak dapat capai semuanya dengan usaha sendiri," ujarnya. 

Di akhir perkongsian, Nabila memaklumkan dia dan keluarga akan sentiasa berdiri di belakang dan memberikan sokongan kepada Ameera Khan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat Ameera.

Sumber: IG Noor Nabila

Must-Watch Video

Advertisement