Penyanyi, Atilia Haron mencuri perhatian apabila mempersoalkan standard penilaian dalam industri muzik tanah air khususnya melibatkan kemenangan anugerah.
Menerusi satu kenyataan di media sosial, Atilia membuat perbandingan dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Norah Jones dan Sade yang dikenali dengan gaya vokal lembut tanpa perlu meninggikan suara.
Advertisement
“Kalau Norah Jones jadi penyanyi di Malaysia, adakah dia akan menang anugerah? Tidak. Sebab dia tidak menjerit ketika menyanyi. Sama juga dengan Sade,” tulisnya.
Bagaimanapun menerusi tinjauan Gempak, hantaran tersebut sudah pun dipadam.
Dalam hantaran sama, penyanyi Indonesia, Allan Anderson turut menyatakan pandangan yang sama seperti Atilia.
“Norah terlalu jauh untuk dijadikan contoh. Ambil Bernadya sebagai contoh, dia pun takkan lepas ujibakat program realiti di sini.” tulisnya.