Skip to main content

Hiburan

Nyanyian Negaraku Di MotoGP Raih Pujian, Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Disebalik Persembahan - “Saya Kata Untuk Negara..."

Nyanyian Negaraku Di MotoGP Raih Pujian, Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Disebalik Persembahan - “Saya Kata Untuk Negara..."

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima pelawaan menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGP sehari sebelum perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.
  • Siti menyesuaikan susunan muzik dengan vokal pancaragam Angkatan Tentera selepas berbincang dan menghantar nota suara kepada ketua muzik.
  • Persembahan Siti mendapat pujian ramai dan disaksikan oleh pelumba antarabangsa serta tetamu kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Advertisement

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pelawaan menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku pada acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) diterima sehari sebelum perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berkata pada asalnya dirinya merancang menghadiri acara tersebut sebagai penonton bersama suami sebelum dihubungi pihak penganjur.

Advertisement

Katanya, meskipun menerima pelawaan pada saat akhir, Siti bersetuju atas semangat menyumbang kepada negara.

“Saya memang kebetulan pergi menonton bersama dengan suami, jadi mereka pun bertanya. Bukan masa hari kejadian, satu hari sebelum.

“Saya cakap okey sahaja. Ini kira untuk negara. Saya kata untuk negara boleh, tapi Allah nervousnya!” katanya.

Advertisement

Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Malam Apresiasi Konsert Legasi 30 dan Konsert Gema Bumantara, malam tadi.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Cindai itu mengakui pada awalnya menyangka persembahan berkenaan hanya menggunakan suara tanpa iringan muzik, namun kemudian dimaklumkan akan menyanyi bersama pancaragam.

“Saya kata apa-apa pun saya nak dengar susunan muziknya. Jadi mereka bagi susunan itu dengan vokal lelaki.

“Alamak, vokal lelaki mestilah saya nyanyi rendah. Tak dengarlah suara,” ujarnya berseloroh.

Bagi menyesuaikan persembahan dengan kemampuan vokalnya, Siti berbincang menerusi telefon dan menghantar nota suara kepada ketua muzik pancaragam Angkatan Tentera.

Menurutnya, langkah tersebut membolehkan pihak pemuzik menukar nada mengikut kesesuaian suaranya sebelum persembahan berlangsung.

“Saya kata boleh tak ikut key saya? Jadi saya nyanyikan key saya dalam nota suara dan hantar kepada ketua muzik itu.

“Mereka tukar kepada ‘key ‘ saya,” jelasnya.

Ditanya mengenai pujian orang ramai terhadap persembahannya, Siti meluahkan rasa syukur dan menyifatkan semangat patriotisme sebagai antara faktor yang menghidupkan nyanyian tersebut.

“Saya rasa apabila menyanyi lagu Negaraku, kita akan automatik rasa semangat.

“Bila rasa semangat dan cintakan negara, nyanyian itu akan ikut sama,” tuturnya.

Terdahulu, nyanyian Negaraku oleh Siti sebelum perlumbaan MotoGP mendapat pujian pengguna media sosial.

Persembahan tersebut turut disaksikan barisan pelumba antarabangsa serta tetamu kenamaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement