Sekilas
- Rozita Che Wan mengakui menggunakan filter untuk kelihatan lebih flawless dan yakin di hadapan kamera walaupun wajahnya sudah cantik.
- Che Ta melihat penggunaan filter sebagai perkara biasa dalam kalangan ramai dan tidak kisah jika orang lain juga menggunakannya.
- Dia lebih selesa membeli barangan basah sendiri di pasar malam untuk memastikan pilihan yang tepat dan berkongsi tugas membeli-belah dengan suaminya, Zain Saidin.
Pelakon, Rozita Che Wan mengakui dia berasa lebih yakin apabila menggunakan ‘filter’ kerana mahu penampilannya sentiasa kelihatan menarik di hadapan kamera biarpun wajahnya sememangnya sudah cantik
Menjawab mengenai penggunaan filter dalam video yang tular ketika berkunjung ke pasar malam, Rozita, 53, berkata dia sekadar menggunakannya untuk kelihatan lebih ‘flawless’.
Malah kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, penggunaan filter kini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ramai.
“Apabila kita letak 'effect filter' itu sudah tentu akan ia akan kesan muka orang lain, pada saya okay sahaja cantik berjemaah.
“Saya guna filter itu saja-saja sebab nak nampak flawless. Orang lain guna filter boleh tapi saya tak boleh pula,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai kunjungannya di pasar malam untuk membeli barangan basah, Che Ta mengakui lebih selesa membeli sendiri barangan dapur, khususnya barangan basah bagi memastikan pilihannya menepati kehendaknya.
Katanya, dia dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin mempunyai pembahagian tugas tersendiri apabila melibatkan urusan membeli-belah barangan dapur.
“Tak puas (kalau orang lain beli) sebab kalau beli sendiri boleh pilih apa yang dimahukan. Pasar malam yang saya pergi itu ibarat Chow Kit yang mempunyai banyak pilihan yang kita jarang jumpa di pasar biasa.
Che