Skip to main content

Filem

Pelaburan RM3 Juta Untuk Filem Jerat, Pertaruh Jalan Cerita & Gabungan Pelakon Baru, Lama

Jerat

Sekilas

  • Filem seram 'Jerat' diterajui pengarah Roy Krishna dengan bajet lebih RM3 juta, menawarkan pengalaman sinematik bertaraf antarabangsa dan jalan cerita penuh emosi serta ketegangan.
  • Gabungan pelakon berpengalaman, penyanyi terkenal dan influencer dipilih untuk menarik perhatian pelbagai kelompok penonton, terutama generasi muda.
  • Penggambaran dijadualkan berlangsung Ogos hingga September di beberapa lokasi strategik dalam negara, dengan harapan filem ini mendapat sambutan tempatan dan antarabangsa.

RedFiress Film Production dengan kerjasama Captain Filmmakers Sdn Bhd tampil berani mempertaruhkan perbelanjaan melebihi RM3 juta, menerusi filem Jerat yang disasarkan mampu menawarkan pengalaman sinematik dengan nilai produksi lebih besar serta kualiti yang memenuhi citarasa penonton masa kini.

Memilih genre seram, filem arahan pengarah, Roy Krishna itu dijangka hadir dengan gabungan elemen emosi, debaran dan ketegangan yang dibangunkan secara teliti bagi memberi pengalaman tontonan yang lebih mendalam kepada penonton tempatan.

Menurut Roy, keputusan untuk tampil dengan pendekatan produksi yang lebih besar bukan dilakukan secara kebetulan.

Sebaliknya melalui penelitian dan kajian terhadap perkembangan industri filem serta perubahan corak penerimaan penonton yang kini semakin terbuka terhadap pengalaman sinematik yang lebih intensif.

“Pendekatan ini diambil kerana kami mahu filem ini kelihatan lebih bertaraf antarabangsa. Kami turut membuat kajian terhadap pelbagai karya luar negara bagi memahami trend dan cita rasa penonton masa kini.

“Berdasarkan kajian dilakukan, ramai penonton lebih tertarik kepada babak yang mampu menimbulkan rasa takut, cemas dan geli, sekali gus memberikan impak emosi lebih kuat.

“Jalan ceritanya dibangunkan dengan teliti dan menunjukkan tahap kematangan yang sangat baik,” katanya.

Roy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan Majlis Pelancaran Filem Jerat di sebuah hotel berhampiran Sepang, baru-baru ini.


 

Mengulas lanjut mengenai arah tuju filem tersebut, Roy menjelaskan Jerat dibangunkan dengan identiti yang lebih segar berbanding kebanyakan karya yang berada di pasaran ketika ini.

"Sebelum ini penonton lebih banyak disajikan dengan filem yang mengetengahkan elemen aksi dan perjuangan, Jerat pula memberi penekanan kepada unsur seram sebagai elemen utama yang menggerakkan keseluruhan perjalanan cerita.

"Pendekatan tersebut dilihat sebagai antara usaha untuk menghadirkan pengalaman berbeza kepada penonton selain memperkukuhkan elemen ketegangan yang menjadi kekuatan utama naskhah berkenaan," jelasnya.

Dalam pada itu, Roy turut mengambil pendekatan strategik dalam pemilihan barisan pelakon dengan menggabungkan pelakon berpengalaman, penyanyi terkenal serta pempengaruh media sosial bagi menarik perhatian pelbagai kelompok penonton terutama generasi muda.

Jerat menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air antaranya Pekin Ibrahim, Aprena Manrose, Stacy, Captain Palani, Datuk Jalaluddin Hassan, Qamarina Lim serta Razib Salimin.

Katanya, kombinasi tersebut diyakini mampu mewujudkan keseimbangan antara kekuatan lakonan, tarikan komersial serta kemampuan untuk mendekati khalayak yang lebih luas.

“Saya percaya gabungan pelakon berpengalaman, influencer dan kekuatan jalan cerita mampu memberikan impak positif kepada industri filem tempatan,” katanya.

"Saya berharap, Jerat bukan sahaja diterima penonton tempatan, malah berupaya mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi kualiti produksi yang tinggi," ujarnya.

Sesi penggambaran filem Jerat dijadualkan berlangsung sekitar Ogos hingga September depan dan akan membabitkan beberapa lokasi strategik dalam negara termasuk Selangor, Johor, Pahang, Perak serta beberapa kawasan lain yang bersesuaian dengan keperluan penceritaan.

Untuk info, Roy sebelum ini berjaya menerusi filem Zaara (Zaara Bukan Nama Aku) dan Sumpahan Syaitan.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement