Skip to main content

Hollywood

Pelakon Komedi Cedera Dihempap Peti Ais Seberat 200 Kilogram

Astro Gempak hempap peti

Sekilas

  • Pelakon komedi Laura Clery mengalami insiden ngeri apabila peti ais seberat 200 kilogram jatuh menghempapnya selepas anak lelakinya memanjat peti ais tersebut.
  • Clery tidak dapat bergerak atau bernafas dan terpaksa menghubungi talian kecemasan 911 sebelum tiga penyelamat datang membantu mengalihkan peti ais itu.
  • Walaupun mengalami kejadian itu, Clery bernasib baik tidak patah tulang dan masih boleh berjalan dengan baik.

Pelakon komedi, Laura Clery berkongsi insiden ngeri yang menimpa dirinya yang disifatkan antara hidup dan mati selepas peti ais seberat sekitar 200 kilogram jatuh menghempapnya.

Insiden tersebut berlaku selepas salah seorang anak lelakinya memanjat peti ais tersebut sebelum dia yang berada di bawah peti ais mengalami insiden tidak terduga itu.

“Itu adalah situasi paling menakutkan saya sebagai seorang ibu tunggal,” kata Clery seperti dilaporkan People. Sewaktu kejadian, Clery berada di rumah dengan dua anak lelakinya hasil perkahwinan bersama Stephen Hilton iaitu Alfie, dan Poppy, 5.

Clery menyambung cerita: “Saya sedang bersedia untuk tidur apabila melihat peti ais tersebut mahu terjatuh selepas anak saya memanjatnya. Jadi saya mahu menyelamatkan keadaan namun peti ais itu terlalu berat dan  menghempap saya. Saya tidak boleh bergerak dan tidak juga boleh bernafas.

“Adalah sangat mustahil untuk saya dapat bergerak selepas dihempap peti ais seberat itu. Saya dapat rasakan saya hilang keseimbangan sebelum mengambil telefon bimbit dari dalam poket seluar dan mendail talian kecemasan 911,” ujarnya.

Menurut Clery lagi, seramai tiga orang penyelamat membantu mengalihkan peti ais tersebut selepas mereka memecah masuk pintu.

“Saya bernasib baik tidak ada tulang yang patah dan masih boleh berjalan dengan baik,” katanya lagi.

Sebelum ini Clery pernah berkongsi salah seorang anak lelakinya merupakan kanak-kanak austime.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement