Skip to main content

Indonesia

Pelakon Raisya Bawazier Diceraikan Lepas 8 Bulan Kahwin

Pelakon Raisya Bawazier Diceraikan Lepas 8 Bulan Kahwin

Sekilas

  • Pelakon sinetron Raisya Bawazier telah diceraikan oleh suaminya, Muhammad Zidan, selepas lapan bulan berkahwin.
  • Zidan memohon cerai atas alasan perbezaan visi dan latar belakang, bukan kerana orang ketiga atau gagal beri nafkah.
  • Mereka berkahwin pada 21 Disember 2025 secara tertutup di Hotel Fairmont Jakarta.
Advertisement

Seperti belum sempat menikmati keindahan rumah tangga, pelakon sinetron Raisya Bawazier sudah berdepan kisah duka. Raisya dilaporkan telah diceraikan oleh suaminya, Muhammad Zidan.

Padahal Raisya baru bergelar isteri selama lapan bulan. Dan kini, Zidan diktehui telah membuat permohonan cerai yang didaftarkan di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Pusat pada 21 Ogos 2026 lalu, lapor Detik.

Advertisement

Bagaimanapun pihak mahkamah tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai isi permohonan cerai yang diminta Zidan.

Namun Zidan menjelaskan memohon bercerai dengan Raisya bukan kerana orang ketiga. Sebaliknya lelaki itu memberitahu perpisahan yang terjadi disebabkan kerana berbeza visi kerana mempunyai latar belakang yang berbeza.

“Bukan sebab orang ketiga, semuanya baik-baik sahaja. Cuma sejak awal kami sudah memang saling tidak sefahaman. Tidak ‘cocok’ dan berbeza pendapat,” ujar Zidan seperti dilaporkan Grid.id.

Zidan juga menepis dakwaan dia gagal memberi nafkah seperti yang dipersetujui kepada pelakon tersebut.

“Tidak, saya malah beri lebih daripada jumlah nafkah yang sepatutnya,” katanya tegas.

Untuk rekod, Raisya yang mula dikenali menerusi sinetron Drakula Cantik mendirikan rumah tangga bersama  Zidan pada 21 Disember 2025.

Pasangan yang melangsungkan pernikahan di Hotel Fairmont Jakarta itu sempat mengejutkan banyak pihak kerana mereka jarang berkongsi mengenai hubungan cinta kepada umum.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must Watch Video

Advertisement