Skip to main content

Viral

Pempengaruh Wanita Ditahan, Miliki Vape dengan Cecair Bius Etomidate

Pempengaruh Wanita Ditahan, Miliki Vape dengan Cecair Bius Etomidate

Sekilas

  • Pempengaruh Jupe ditangkap di Jakarta Selatan kerana memiliki vape dengan cecair etomidate, bahan bius yang digunakan untuk tujuan khayal ekstrem.
  • Polis turut menahan tiga individu lain termasuk seorang wanita warga China yang dipercayai menjual vape tersebut kepada Jupe.
  • Jupe didapati positif dadah dan mengaku menggunakan vape berkenaan selama dua hingga tiga minggu kerana tekanan hidup selepas bercerai.
Advertisement

Pempengaruh yang pernah mencetus kontroversi kerana curang dan diceraikan Julia Prastini atau Jule, sekali lagi menjadi bualan hangat apabila disahkan ditangkap kerana memiliki vape dengan bahan terlarang.

Jupe, 26, ditangkap di sebuah kediaman di Cilandak, Jakarta Selatan selepas dipercayai memiliki vape dengan cecair etomidate. Cecair etomidate bukanlah cecair perisa biasa, sebaliknya ia merupakan ubat bius atau pelali kuat yang lazimnya hanya digunakan oleh pakar perubatan di hospital untuk menidurkan pesakit sebelum pembedahan.

Advertisement

Ia kini digunakan dengan meluas dalam penjualan vape agar pengguna mencapai ‘khayal ekstrem’.

Menurut laporan, Jupe yang juga menukar imej muslimah kepada tidak lagi berhijab sejak bercerai ditangkap selepas polis menahan tiga yang lain termasuk seorang wanita dengan salah seorangnya merupakan warga China.

“Hasil siasatan terhadap salah seorang mereka yang dipercayai menjual vape, ada satu pesanan yang dikirim atas nama JP. Setelah disoal siasat, ternyata vape dengan cecair etomidate itu dibeli oleh pempengaruh Jule,” ujar kenyataan pihak berkuasa seperti dilaporkan Detik.

Advertisement

Polis kemudian mengikut penjual vape ke kediaman Jule sebelum wanita itu menerima pembelian. Sebaik Jule menerima vape tersebut, polis menangkap bekas isteri cef dari Korea Selatan itu.

Hasil pengeledahan di kediaman, polis juga menemui satu vape yang telah kosong.

Jule sendiri didapati positif dadah selepas ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya positif.

Kepada polis, ibu muda dengan tiga anak ini juga mengaku baru menggunakan vape dengan cecair etomidate dua sehingga tiga minggu kebelakangan ini dengan alasan stress.

Untuk rekod, Jule sebelum ini diceraikan suami, Na Daehoon pada akhir tahun lalu selepas didapati curang dengan seorang peninju, Sjafrie Ramadhan.

Anda mungkin berminat dengan

【Mebraties】Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

【Mebraties】Women Pajamas baju tidur wanita seksi Camisole+Shorts Set Plus size sexy dewasa Sleepwear murah pyjamas

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

(Refine by Lovito) Elegant Top Ruffle Cold Shoulder Backless Spring/summer Pink Top for Women LR32E057 (Refine by Lovito) Elegan Top Ruffle Bahu Dingin Tanpa Belakang Musim Bunga/musim Panas Baju Atas Merah Jambu untuk Wanita LR32E057

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Sedia Wanita Kardigan Women Knitted Outer Knitted Cardigan 外搭长袖针织衫开衫外套

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Sedia Wanita Kardigan Women Knitted Outer Knitted Cardigan 外搭长袖针织衫开衫外套

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Must Watch Video

Advertisement