Skip to main content

Filem

Penangan Filem The Furious: Pertaruhan Maruah, Tiga Sesi Sold Out & 800 Peminat Serbu Sesi Meet & Greet!

Penangan The Furious

Sekilas

  • The Furious: Pertaruhan Maruah mendapat sambutan hangat dengan kira-kira 800 peminat hadir ke sesi meet and greet sempena tayangan awal filem tersebut.
  • Acara yang asalnya dirancang selama 10 minit dilanjutkan hampir 50 minit kerana sambutan luar biasa daripada peminat yang sanggup beratur panjang untuk bertemu pelakon.
  • Filem aksi ini menampilkan Zul Ariffin dan akan ditayangkan sepenuhnya di pawagam seluruh negara mulai 28 Mei 2026.

Memang menakjubkan! Itulah antara kata-kata yang boleh digambarkan mengenai sokongan rakyat Malaysia terhadap filem aksi The Furious: Pertaruhan Maruah

The Furious: Pertaruhan Maruah terus menerima sambutan hangat apabila kira-kira 800 peminat hadir memeriahkan ‘sesi meet and greet’ yang diadakan sempena tayangan awal filem aksi tersebut pada Ahad.

Lebih hebat lagi, dalam acara yang berlangsung dalam tiga sesi berasingan itu, kesemua tiket dilaporkan habis dijual dalam tempoh singkat.

Menariknya, bukan sahaja penonton yang membeli tiket tayangan awal hadir memberikan sokongan, malah orang awam yang berada di lokasi turut menyertai sesi berkenaan demi bertemu barisan pelakon utama filem tersebut.

Pada asalnya, sesi yang berlangsung di TGV Central I-City itu dirancang berlangsung sekitar 10 minit sahaja.

Namun disebabkan sambutan luar biasa daripada peminat, tempoh acara akhirnya dilanjutkan sehingga semua yang hadir berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan daripada para pelakon.

Secara keseluruhan, sesi tersebut berlangsung hampir 50 minit dan suasana di lokasi turut dipenuhi peminat yang sanggup beratur panjang demi bertemu pelakon kegemaran mereka.

Sambutan luar biasa itu sekali gus membuktikan keterujaan penonton terhadap The Furious: Pertaruhan Maruah yang bakal ditayangkan sepenuhnya pada 28 Mei depan.

The Furious: Pertaruhan Maruah menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Sandra Lim, Zamarul Hisham dan Marisa Yasmin.

The Furious: Pertaruhan Maruah merupakan sebuah filem arahan Heng Aik Siong yang diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment.

Filem ini mengangkat kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas maruah keluarga mereka tercalar apabila nama arwah bapa mereka dihina secara terbuka, sekaligus mencetuskan perjalanan penuh konflik antara maruah dan dendam.

The Furious: Pertaruhan Maruah dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement