Skip to main content

Hiburan

Pendakwah Kongsi Keadaan Terkini Shamsul Ghau Ghau, Sifatkan Sahabat Sebagai Seorang Yang Baik - “Dia Banyak Terlibat Dengan…”

Shamsul Ghau Ghau

Sekilas

  • Shamsul Ghau Ghau telah selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di otak dan kini dalam keadaan stabil serta dipantau rapi di hospital.
  • Ustaz Taufik Khalil, sahabat Shamsul selama lebih 20 tahun, mendedahkan sisi baik dan rendah hati Shamsul yang aktif dalam dakwah serta membimbing jemaah umrah dan haji.
  • Isteri Shamsul berkongsi kos pembedahan yang tinggi hampir RM25,000, namun ramai sahabat dan orang ramai tampil membantu dengan sumbangan.

Pendakwah bebas yang juga sahabat kepada pelawak, pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau iaitu Ustaz Taufik Khalil berkongsi keadaan terkini sahabatnya itu selepas selesai menjalani pembedahan pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Taufik memaklumkan sahabatnya itu berada dalam keadaan yang stabil dan sedang dalam pemantauan pihak hospital.

“Alhamdulillah, Pak Su telah selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di otak malam tadi.

“Sekarang ni beliau masih berada di bawah pemantauan rapi pihak doktor dan pasukan perubatan. Sebagai sahabat, saya memang terasa sangat ujian ini,” tulis Ustaz Taufik.

Menerusi perkongsian yang sama, Taufik yang sudah berkawan lebih 20 tahun dengan Shamsul turut mendedahkan sisi baik sahabatnya itu yang tidak diketahui orang ramai.

Ujar Ustaz Taufik, sahabatnya yang mesra disapa Pak Su itu merupakan seorang insan yang sangat baik serta banyak berdakwah dan membimbing jemaah umrah dan haji.

“Terus terang saya cakap apabila sampai dan tengok sendiri keadaan Pak Su, hati memang jadi sebak. Sebagai sahabat, memang terasa dengan ujian ini.

“Selama ini orang nampak Pak Su buat orang ketawa tetapi hakikatnya dia sangat baik, rendah hati dan menjaga adab dengan semua orang.

“Dalam diam, beliau juga banyak berkhidmad dalam dakwah tabligh serta membimbing jemaah umrah dan haji,” kongsinya lagi.

Di akhir perkongsian, Ustaz Taufik menitipkan doa agar sahabatnya itu segera sembuh dan dipermudahkan urusan.

Terdahulu, Shamsul selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas mengalami pendarahan beku pada bahagian otak.

Maklumat tersebut dikongsikan rakan artis, aktres Sheila Mambo selepas menerima berita daripada isteri Shamsul sendiri.

Sebelum ini, isteri kepada Shamsul berkongsi  bahawa dia hampir terduduk dan berputus ada selepas kos pembedahan membabitkan suaminya dianggarkan sebanyak kira-kira RM25,000.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Sharifah Azrinah Syed Ibrahim tersentuh ramai sahabat dan insan prihatin tampil menghulur sumbangan.

Sumber: Facebook

Must-Watch Video

Advertisement