Skip to main content

Hiburan

Pengarah Muzik, Komposer Sze Wan Meninggal Dunia, Misha Omar: “Gone Too Soon”

Pengarah Muzik, Komposer Sze Wan Meninggal Dunia, Misha Omar: “Gone Too Soon”
Advertisement

Pengarah muzik terkenal Lee Sze Wan yang banyak terlibat dan menghasilkan karya penyanyi tempatan seperti Anuar Zain dan Misha Omar dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita duka tersebut disampaikan oleh Misha menerusi perbualan di Instagram.

Advertisement

“Sze Wan meninggal dunia hari ini. Gone too soon,” kata Misha ringkas kepada Gempak.

Misha, 43, bagaimanapun tidak memperincikan butiran kematian wanita yang telah banyak bekerjasama dan mencurahkan kreativitinya kepada beliau.

Karya terkini oleh Lee Sze Wan dipersembahkan menerusi konsert solo Misha Omar, Konsert DiA Misha Omar Live yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur yang berlangsung pada November 2025.

Selain mengetuai konsert tersebut sebagai pengarah muzik, Sze Wan juga merupakan komposer buat lagu Tanpa Rela yang diterbitkan pada tahun 2020.

Ia merupakan kolaborasi yang menyaksikan Misha menulis lirik lagunya sendiri selepas lebih dua dekad dalam industri seni.

Selain itu, Sze Wan juga pernah bertindak sebagai Pengarah Muzik bagi konsert mega keluarga pertama negara iaitu Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel menerusi Konsert Empat Live pada Oktober 2025.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement