Skip to main content

Hiburan

Pernah Jadi ‘Rider’ Penghantar Barang Kerana Tiada ‘Job’, Akmal Asyraf Tak Anggap Susah Sebagai Ujian - “Saya Tak Segan…”

Pernah Jadi ‘Rider’ Penghantar Barang Kerana Tiada ‘Job’, Akmal Asyraf Tak Anggap Susah Sebagai Ujian - “Saya Tak Segan…”

Sekilas

  • Pelakon Akmal Asyraf pernah bekerja sebagai rider e-hailing untuk menampung komitmen kewangan ketika tiada tawaran berlakon sepanjang Ramadan tahun lalu.
  • Akmal tidak malu dengan pekerjaan sambilan itu dan menganggap ia sebahagian daripada perjalanan hidup yang perlu dilalui setiap orang.
  • Beliau kini kembali fokus dalam dunia seni dan akan muncul dalam filem KUDRAT 1968: High Council yang akan ditayangkan mulai 29 Oktober.
Advertisement

Sebelum ini, tular perkongsian pelakon, Akmal Asyraf yang memaklumkan dia melakukan kerja sambilan sebagai seorang ‘rider’ e-hailing bagi mencari pendapatan ketika tidak menerima tawaran berlakon sepanjang Ramadan tahun lalu.

Sungguhpun begitu, situasi tersebut tidak membuatkan pelakon berusia 30 tahun ini berasa malu untuk melakukan pekerjaan tersebut.

Advertisement

Ujar Akmal, pekerjaan separuh masa yang dilakukan itulah yang berjaya membantunya menampung komitmen kewangan yang perlu diselesaikan.

“Saya tidak segan. Sebelum KUDRAT 1968: High Council saya memang sudah buat kerja sambilan itu sebab tiada apa yang perlu saya berlagak di dalam dunia ini.

“Tapi sekarang saya sudah tidak buat lagi kerja itu. Sebelum ini buat kerana desakan hidup.

Advertisement

“Kalau saya boleh memilih untuk kerja sebagai pemandu e-hailing atau tidak, sudah tentu tidak sebab jiwa saya di dunia seni,” katanya kepada Gempak.

Akmal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem KUDRAT 1968: High Council di TGV KLCC, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Akmal tidak menganggap kesukaran yang dilaluinya sebagai satu ujian hidup, sebaliknya menganggap ianya sebagai sebahagian daripada perjalanan setiap manusia.

“Saya tidak rasa melakukan kerja sambilan sebagai rider e-hailing itu sebagai ujian hidup sebab saya percaya dalam dunia ini ada yang lebih senang dan yang lebih susah daripada kita.

“Saya percaya kesusahan setiap orang itu berbeza dan masing-masing mempunyai perjuangan tersendiri.

“Kita hanya mampu bermain (menjalani) kehidupan dengan cara tersendiri. Saya okay sahaja melakukan pekerjaan itu,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Akmal bakal tampil menerusi filem KUDRAT 1968: High Council.

Selain Akmal, filem arahan Zulaikha Zakaria ini turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain seperti Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Dai Fuad, Chech Harit, Evertts Gomes dan ramai lagi.

KUDRAT 1968: High Council bakal menemui peminat di pawagam bermula 29 Oktober.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement