Skip to main content

Selebriti

Pernah Lalui Situasi Sama, Linda Rafar Sebak, Mohon Doakan Amyza Aznan Kuat - “Bukan Mudah Untuk Reda…”

AstroGempak Pernah Lalui Situasi Sama Linda Rafar Sebak, Mohon Doakan Amyza Aznan Kuat

Sekilas

  • Pelakon Linda Rafar berkongsi pengalaman peribadi menghadapi kehilangan anak akibat kanser dan memahami kesedihan yang dialami sahabatnya, Amyza Aznan.
  • Linda menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Amyza dan anak-anaknya terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
  • Anak Amyza, Andre Mikhail, telah meninggal dunia selepas hampir setahun melawan kanser paru-paru tahap tiga, berita yang diumumkan oleh Amyza di Instagram.

Pelakon, Linda Rafar akui berasa sebak dan cukup memahami perasaan kehilangan anak yang sedang dilalui oleh sahabatnya, Amyza Aznan kerana pernah melalui fasa sama pada tahun 2014.

Menerusi perkongsian di Instagram, Linda berkata detik paling sukar dalam hidupnya adalah apabila arwah anaknya, Rezaimen Keiflin, 11, disahkan menghidap kanser perut atau Burkitt Lymphoma tahap empat.

“Pada tahun 2014 Linda di uji dengan ujian paling berat, anak Linda mengidap cancer lymphoma tahap 4.

“Tanpa genetik, anak yang sihat tiba-tiba di uji dengan ujian seberat itu, bila Linda bertemu Miza yang di uji sekali dua orang anak yang dijaga penuh kasih sayang bukan satu perkara yang mudah.

“Mereka yang belum diuji takkan sama dengan yang pernah melalui fasa yang sangat berat ini, bukan mudah untuk reda,” coretnya.

 

 Dalam pada itu, Linda menyeru orang ramai agar terus mendoakan kesejahteraan Amyza dan anak-anaknya, lebih-lebih lagi dalam keberkatan bulan Ramadan.

 

“Hanya doa anda semua pada bulan ramadan yang melihat posting ini sahaja yang mampu memberi @amyzaaznankaaia kekuatan fizikal dan mental.

“Linda mohon jasa baik semua terus berdoa untuk anak-anak Miza dan dipermudahkan segala urusan,” mohonnya.

Terdahulu, anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories pada Isnin.

 

Must-Watch Video

Advertisement