Penyanyi yang berasal dari Senegal, Akon, diceraikan isterinya selepas 29 tahun hidup bersama.
Berita perceraian itu diketahui melalui dokumen perpisahan yang difailkan oleh Tomeka Thiam.
Advertisement
Menerusi dokumen tersebut, Thiam yang berkongsi seorang anak berusia 17 tahun dengan Akon mendedahkan punca perceraian mereka.
Thiam menyifatkan perlu bercerai selepas 29 tahun hidup sebagai suami isteri kerana sudah tidak memiliki persefahaman lagi, lapor The Billboard.
Wanita itu juga meminta hak penjagaan sama rata terhadap anak perempuan mereka, Journey.
Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Badara Thiam berkahwin dengan Tomeka Thiam pada September 1996.
Penyanyi lagu Lonely dan Beautiful itu bagaimanapun pernah memberitahu menyokong poligami kerana ia adalah satu kebiasaan yang dilakukan ramai lelaki di negaranya.
Dia yang berusia 52 tahun juga mengaku memiliki sembilan orang anak. Dua daripadanya adalah perempuan, akuinya dalam satu temu bual pada tahun 2022.