Skip to main content

Hiburan

Pertama Kali Berteater, Aliff Aziz Akui Ada ‘Self-Doubt’, Minta Restu Ibu Bapa Sebelum Ke Uji Bakat Mansur & Liu

Pertama Kali Berteater, Aliff Aziz Akui Ada ‘Self-Doubt’, Minta Restu Ibu Bapa Sebelum Ke Uji Bakat Mansur & Liu

Sekilas

  • Aliff Aziz mengakui awalnya ada rasa sangsi sebelum menghadiri uji bakat teater muzikal Mansur & Liu yang diarahkan Datuk M. Nasir.
  • Dia banyak mendapatkan pandangan adik dan restu ibu bapa sebelum membuat keputusan untuk sertai teater tersebut.
  • Aliff bakal memegang watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan di Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September ini sebagai pengalaman pertama dalam dunia teater.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengakui pada awalnya berdepan rasa sangsi terhadap kemampuan diri sebelum memberanikan diri menghadiri sesi uji bakat teater muzikal Mansur & Liu.

Menurut Aliff, dia sedar pementasan arahan maestro tersohor Datuk M. Nasir itu merupakan sebuah projek besar sekali gus membuatkannya tertanya-tanya sama ada mampu memberikan yang terbaik untuk watak ditawarkan.

Advertisement

“Pada waktu pertama kali ditawarkan untuk pergi uji bakat, saya ada sedikit rasa sangsi pada diri sendiri atau ‘self-doubt’ sebab ini benda baharu.

“Sesiapa pun akan rasa ia satu benda yang besar dan mencabar. Saya tertanya-tanya, adakah saya boleh memberikan keadilan kepada watak tersebut?

“Ini pementasan besar dan seperti kata Datuk M. Nasir, ia sudah enam atau tujuh tahun dalam perancangan,” katanya.

Disebabkan keraguan tersebut, Aliff berkata, dia banyak mendapatkan pandangan adiknya, Aisyah yang mempunyai pengalaman dalam bidang teater di Singapura.

Malah, dia turut meminta restu dan nasihat kedua ibu bapanya sebelum membuat keputusan menghadiri sesi uji bakat.

“Saya banyak berbincang dengan adik saya, Aisyah. Alhamdulillah, dia pernah buat teater di Singapura.

“Saya juga ambil restu dan nasihat daripada umi dan ayah saya. Semua bagi kata semangat, ‘Tak apa abang, ini satu pengalaman. Kalau bukan untuk awak, sekurang-kurangnya awak dah cuba’.

“Jadi dengan semangat itu, saya bulatkan hati pergi uji bakat tanpa mengharapkan apa-apa.

“Alhamdulillah, saya percaya ini rezeki dan Allah akan bantu saya habiskan dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff menyifatkan peluang membintangi Mansur & Liu sebagai satu penghormatan besar memandangkan pementasan tersebut merupakan pengalaman pertamanya dalam dunia teater.

“Ya, ini pembabitan pertama saya dalam bidang pementasan. Ia satu penghormatan dan penghargaan yang sangat besar kerana teater ini diarahkan seorang legenda yang sangat saya kagumi sejak kecil iaitu Datuk M. Nasir dan juga Datin Marlia Musa.

“Walaupun saya pertama kali, sewaktu masuk latihan semua orang sangat menyokong dan tidak lokek berkongsi ilmu pementasan,” katanya.

Tambah Aliff, dunia teater sangat berbeza berbanding penggambaran televisyen kerana memerlukan seseorang pelakon kekal dalam karakter sepanjang pementasan berlangsung.

“Untuk televisyen kita ada kamera, ada syot dan ada masa boleh relaks. Tapi untuk teater, setiap masa anda perlu berada dalam karakter.

“Ia memerlukan banyak tenaga, ada nyanyian, pergerakan, tarian, seni silat dan sebagainya. Ia satu tanggungjawab yang komprehensif.

“Saya menganggapnya sebagai satu perjalanan pembelajaran dan akan menjadi kemuncak dalam karier saya sebagai pelakon,” ujarnya.

Aliff bakal menggalas watak Sultan Mansur Shah dalam teater muzikal Mansur & Liu yang diarahkan M. Nasir dan bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September depan

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Must Watch Video

Advertisement