Skip to main content

Hiburan

Pertama Kali Duet, ‘Bercanda Emosi’ Cabar Vokal Adeep, Idayu - “Ini Antara Lagu Susah Untuk Dinyanyikan…”

Pertama Kali Duet, ‘Bercanda Emosi’ Cabar Vokal Adeep, Idayu - “Ini Antara Lagu Susah Untuk Dinyanyikan…”

Sekilas

  • Adeep Nahar mengakui lagu duet terbaharu bersama Idayu, Bercanda Emosi, adalah antara lagu paling sukar yang pernah dinyanyikannya kerana melodi yang sentiasa berubah-ubah.
  • Idayu juga mengakui cabaran sama namun yakin keserasian mereka dapat dibentuk kerana kedua-duanya peminat genre R&B dan ini adalah kolaborasi pertama mereka.
  • Single bergenre R&B dan Urban Malay ciptaan Helen Yap dan SlenFadzil akan dilancarkan di semua platform digital mulai 21 Oktober selepas hampir dua tahun proses pembikinan.
Advertisement

Penyanyi Adeep Nahar secara berseloroh akui ‘menyesal’ menerima tawaran menyanyikan single duet terbaharu Bercanda Emosi bersama Idayu kerana menyifatkan karya tersebut antara lagu paling sukar pernah dibawakannya.

Menurut Adeep, cabaran utama bukan terletak pada lirik, sebaliknya melodi yang sentiasa berubah pada hampir setiap bait sehingga memerlukan fokus tinggi ketika proses rakaman.

Advertisement

“Saya menyesal nyanyi lagu ini, bagi Adeep, lagu ini antara yang paling susah nak dinyanyikan. Kalau dengar dari awal sampai habis, setiap baris atau bait sentiasa berubah-ubah.

“Sangat mencabar sebab lagu ini dibuat oleh seseorang yang kita tahu kreativiti dia dalam muzik sangat luar biasa,” katanya merujuk kepada komposer Helen Yap.

Adeep berkata, dia melihat karya tersebut seolah-olah memberi ruang sepenuhnya kepada Helen untuk mengetengahkan kreativiti dan kemahiran muziknya.

Advertisement

“Rasa macam lagu ini bukan dibuat untuk orang layan saja-saja, tapi dia nak lepaskan skill dia. Jadi penyanyi pun terseksa sikit,” selorohnya.

Malah, Adeep mengakui sempat berasa gementar ketika menerima lagu berkenaan apatah lagi perlu berduet dengan Idayu yang juga dikenali sebagai jurulatih vokal.

“Masa dapat lagu itu, Helen cakap, ‘Adeep, ini lagu untuk Idayu dan Adeep nyanyi’. Saya terus fikir, ‘Biar betul saya nak nyanyi ini?’

“Bayangkan tengah menyanyi, kami berdua cikgu vokal. Dia berdiri sebelah, dia jaga vokal. Nasib baik masa menyanyi saya tengok tembok, tak tengok muka Idayu,” katanya berseloroh.

Tambah Adeep, Bercanda Emosi antara lagu yang paling sukar untuk dihafal dari segi melodi sepanjang kerjayanya.

“Lirik okey, tapi melodi dan pemahaman tentang lagu ini memang kena fokus tinggi.

“Sampai hari rakaman pun saya cakap dengan Helen, saya takut nak rakam lagu ini sebab kita takut tak dapat capai apa yang pencipta mahukan. Karya seseorang itu tinggi nilainya dan saya hormat penulisan Helen Yap,” katanya.

Sementara itu, Idayu pula mengakui turut berdepan cabaran sama namun yakin keserasian mereka dapat dibentuk kerana kedua-duanya merupakan peminat tegar genre R&B.

“Memang tercabar. Secara peribadi, masuk studio dengan Adeep memang ada rasa takut sikit sebab kita tahu keupayaan suara dia.

“Tapi saya yakin kami boleh ‘blend’ sebab kami berdua memang peminat tegar genre R&B,” katanya.

Menurut Idayu, Bercanda Emosi juga menjadi kolaborasi pertama mereka selepas tidak pernah menyanyi bersama sebelum ini.

Single bergenre R&B dan Urban Malay itu merupakan hasil ciptaan Helen bersama penulis lirik SlenFadzil dan diterbitkan Magic Nova Productions.

Proses pembikinannya mengambil masa hampir dua tahun sejak 2024 berikutan komitmen masing-masing selain persiapan video muzik arahan Revo Marty.

Menariknya, SlenFadzil menghasilkan keseluruhan lirik lagu tersebut ketika berada di Paris bagi menyaksikan temasya Sukan Olimpik 2024.

Bercanda Emosi bakal dipasarkan di semua platform digital bermula 21 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement