Skip to main content

Hiburan

"Perubahan Itu Tidaklah Terlalu Ketara, Tetapi..." - Aina Abdul

Astrogempak Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul berpandangan kecantikan merupakan sesuatu yang subjektif dan setiap individu berhak menentukan definisi cantik mengikut cara mereka sendiri.

Menurut Aina, dia tidak gemar mengulas terlalu jauh mengenai isu kecantikan kerana bimbang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Bagi saya kecantikan itu pilihan. Subjektif untuk saya bercakap mengenai perkara ini kerana tidak mahu menyinggung perasaan sesiapa.

“Tetapi untuk saya, dengan atau tanpa apa-apa perubahan sekalipun, kita tetap indah. Mungkin tidak indah di mata orang luar, tetapi tidak mengapa kerana Allah sudah jadikan kita begitu. Jadi benda itu subjektif dan kecantikan itu pilihan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sadis itu turut mengakui kehidupan tidak semestinya menjadi mudah hanya kerana seseorang memiliki wang yang banyak.

“Kita melalui fasa juga dalam hidup kita. Tak semua benda, tak semestinya bila kita ada duit, kita boleh selesaikan semua isu dan masalah. 

"Macam saya, dah bertahun-tahun dalam industri ini, masih banyak perkara yang saya tak boleh buat juga kerana saya perlu berkorban.

"Allah takkan bagi semua. Allah takkan bagi awak cantik, lepas itu bagi awak buat lagu sedap juga. Saya tak tahulah, mungkin ada orang yang bertuah. Tapi untuk saya, mungkin Allah mahu saya memberi lebih tumpuan kepada produksi.

"Saya buat label sendiri dan saya ada staf sendiri. Ada pasukan yang bersama saya dari awal lagi. Semua itu memerlukan kos yang besar. Konsert pun saya buat sendiri, jadi banyak perbelanjaan tertumpu ke arah itu,” jelasnya.

Pada masa sama, Aina mengakui dirinya telah melalui banyak perubahan sejak mula menceburi dunia hiburan, namun perubahan tersebut berlaku secara semula jadi dan mengambil masa.

“Kalau tengok gambar lama saya dan keadaan saya sekarang, memang saya banyak berubah. Mungkin perubahan itu tidaklah terlalu ketara, tetapi cukup untuk buat mak saya puji saya.

“Kalau saya balik kampung dan mak cakap, ‘Eh, kau ni makin comellah’, bagi saya itu yang penting. Yang penting mak kita gembira dengan kita,” ujarnya.

Aina turut menegaskan setiap individu bebas membuat pilihan terhadap diri sendiri selagi perkara tersebut membawa kebahagiaan dan keyakinan.

“Kalau ini pun, saya pergi gim sahaja. Ada orang pergi gim bertahun-tahun pun tak berubah apa-apa.

“Bagi saya, itu pilihan masing-masing. Duit awak, buatlah apa yang buat awak bahagia. Paling penting, tanya diri sendiri dan lakukan untuk diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Aina Abdul juga baharu sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul Sadis. 

Sadis merupakan sebuah sambungan cerita daripada Berjauh-an.  

Jika Berjauh-an menggambarkan jarak dan keretakan dalam hubungan, Sadis pula hadir sebagai refleksi terhadap kehilangan yang mula dirasai apabila seseorang itu sudah tiada di sisi. 

Kedua-dua karya ini mempunyai keserasian yang kuat dan saling melengkapi dari sudut emosi, penceritaan, dan perjalanan karakter dalam lagu.

Ditulis dan digubah sendiri oleh Aina Abdul, lagu ini menampilkan sisi penulisan yang lebih mendalam dan jujur, dengan lirik yang menyentuh tentang rindu, ego, penyesalan, dan penghargaan terhadap seseorang yang sering dipandang biasa ketika masih ada.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement