Skip to main content

Hiburan

Puteri Aishah Sedia Kembali Berlakon, Enggan Berhenti Walau Bergelar Ibu - “Never Plan To Stop…”

Puteri Aisha anak

Pelakon, Puteri Aishah menegaskan dirinya tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada dunia lakonan meskipun kini bergelar seorang ibu.

Menurut Puteri, dia sentiasa bersedia untuk menerima tawaran berlakon dan kembali ke set penggambaran pada bila-bila masa.

Advertisement


“Ramai orang tanya i, “Puti, dah taknak berlakon ke lepas ada anak?
 

“Soalan apa tu? Of course, lah i nak. Never plan to stop. In fact, I’m ready to be on set. InshaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, aktres drama Kekasih Paksa Rela itu turut menepis tanggapan bahawa mempunyai anak kecil akan menghalangnya daripada bekerja.

“Ada jugak org tanya, “Anak kecik lagi, mcm mana nak kerja?

“Ramai je mommies kat luar sana hbs cuti bersalin terus kerja. If they can, i know i can,” tambahnya. 

 

Untuk rekod, Aishah dan Firdaus Sulaiman mendirikan rumah tangga pada November 2021

 

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Faliq Firdaus.

Must-Watch Video