Sekilas
- Ayden, anak Bella Astillah, mencuri perhatian netizen dengan senyuman manis dan pandangan penuh kasih sayang ketika duduk di atas pelamin bersama ibunya dan bapa tirinya, Syed Saddiq.
- Reaksi Ayden yang melindungi dan gembira melihat kebahagiaan ibunya mendapat pujian ramai di media sosial, terutama selepas ucapan menyentuh hatinya di majlis resepsi pasangan itu.
- Bella dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dan akan mengadakan majlis resepsi tambahan di Kota Kinabalu pada 31 Oktober ini.
Reaksi anak kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden mencuri perhatian netizen ketika duduk di atas pelamin bersama ibunya dan bapa tirinya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menerusi potongan video yang dikongsikan oleh pengguna Threads, Elisasa2016, Ayden dilihat beberapa kali memandang wajah Bella sebelum mengukir senyuman kecil ketika berada di atas pelamin bersama keluarga kecilnya itu.
“Ayden pandang muka mommy banyak kali, mesti dia happy sgt tengok mommy dia dah bahagia. Hati tisu jom nangis lagi 😭,” tulis individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui tersentuh melihat pandangan dan senyuman Ayden terhadap Bella, malah ada yang menyifatkan kanak-kanak itu masih menunjukkan sifat melindungi ibunya.
“Dia pandang muka mummy dia then dia pun senyum… Allahuakbar anak. Semoga terus menjadi anak yang soleh dunia akhirat dan membesar dengan baik.
“Sedihnya tengok ni. He keeps checking on his mommy. Alahai anak... 🥺
“Ayden pandang mommy, then pandang daddy. Few times. He knows things are finally okay. He knows his mommy is safe now, loved and protected. Hati anak, dia boleh nampak mommy dia bahagia 🥹
“Pandangan Ayden penuh cinta with that little smile 🥹
“Ayden still in protective mode. Dah terbiasa jaga mommy dia. Dia nampak mommy dia gelak, dia pun senyum in relief 🥲
“Saya salah seorang geng hati tisu tu. Setiap kali tengok reaksi muka Ayden tengok mommy dia…”
“Dia pandang then dia senyum 😭 Sedih pulak bila ingat ucapan dia hari tu.
“Sebaknyaaa tengok ni. Pandangan mata Ayden tu, dia boleh nampak yang mommy dia finally found her happiness," komen netizen.
Terdahulu, Ayden mencuri perhatian ramai apabila menyampaikan ucapan menyentuh hati buat ibunya, Bella, dan Syed Saddiq pada majlis resepsi pasangan itu.
Lebih menyentuh perasaan, Ayden menyampaikan ucapan tersebut bersama adiknya, Ara, sambil meluahkan perasaannya melihat perubahan dalam kehidupan Bella selepas kehadiran Syed Saddiq.
Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin sebanyak RM500.
Selepas mengadakan majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta kenduri rakyat di Muar, Johor, pasangan itu dijadualkan mengadakan satu lagi majlis resepsi di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.