Skip to main content

Hiburan

Redza Rosli Dedah Sebab Isteri Pergi Pejabat Agama- “Sejujurnya Memang…”

Astrogempak REDZA

Sekilas

  • Pelakon Redza Rosli menafikan sebarang masalah rumah tangga dengan isterinya, Bellah Hanna, dan menjelaskan mereka berada bersama ketika gambar yang dimuat naik itu diambil.
  • Mereka ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat untuk menyelesaikan urusan sijil nikah yang tertangguh akibat kesibukan Redza dengan penggambaran.
  • Redza meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai hubungan mereka kerana mereka jarang berkongsi hal peribadi di media sosial.

Pelakon, Redza Rosli menafikan mempunyai masalah rumah tangga  bersama isterinya, Bellah Hanna.

Menurut Redza, ketika gambar itu dimuat naik oleh isterinya, dia juga turut berada di situ.

“Kami tiada masalah pun sebenarnya. Saya ada dengan dia pada ketika itu.

“Saya pun tak tahu dia upload gambar itu, tapi dia rasa serba salah sebab gambar tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen. Sejujurnya memang tiada apa-apa yang berlaku antara kami,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Redza turut menjelaskan dia dan isteri, jarang berkongsi hal peribadi di media sosial dan memilih untuk tidak memperbesarkan perkara tersebut.

Tambahnya lagi, tujuan ke pejabat agama adalah untuk urusan mereka yang tertangguh.

“Saya selalunya tidak suka berkongsi kisah peribadi di media sosial. Tapi seperti yang saya katakan, tiada apa-apa berlaku. Kami ke sana untuk mengambil sijil nikah kami sahaja.

“Banyak urusan yang tertangguh sebab saya sibuk dengan penggambaran. Jadi bila ada masa, kami menyelesaikan kerja-kerja kami. Tak ada apa pun,” ujarnya.

Pada masa sama, Redza memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hubungan rumah tangganya bersama Bella.

Terdahulu, Bella Hanna mencuri perhatian netizen selepas memuat naik gambar dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat seorang diri, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement