Sekilas
- Amir Nafis Ma’arof bersyukur dengan perkembangan positif dalam karier lakonannya dan bertekad untuk terus memperbaiki mutu lakonan.
- Pelakon filem Malaikat Malam ini kini sibuk dengan beberapa projek filem yang dijadualkan sepanjang tahun ini tanpa mengambil masa rehat.
- Amir bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul Konspirasi yang baru sahaja ditayangkan di GSC IOI City Mall, Putrajaya.
Sering membintangi beberapa filem sejak kebelakangan ini, pelakon, Amir meluahkan rasa syukur apabila perjalanan kariernya dalam industri seni dilihat semakin berkembang.
Menurut pemilik nama Amir Nafis Ma’arof ini, kejayaan itu walau bagaimanapun tidak membuatkan dirinya berasa begitu selesa sebaliknya akan terus berusaha memperbaiki mutu lakonannya.
“Melihat kepada perkembangan itu saya sangat-sangat bersyukur. Saya rasa sangat bertuah sebab diberi peluang oleh pengarah dan production yang pelbagai untuk tonjolkan kebolehan saya. Tapi itu tak bermakna saya selesa dengan apa yang ada sekarang.
“Insya-Allah saya akan buat lebih baik lepas ni, lebih explore dari segi watak dan cara saya bawa diri dalam lakonan mahupun kehidupan,” katanya kepada Gempak.
Amir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya yang berjudul Konspirasi bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Amir turut berkongsi bahawa jadual kerjanya kini agak padat dengan beberapa projek filem yang akan dijalankan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Meskipun padat, pelakon filem Malaikat Malam ini tidak terlalu memikirkan soal rehat sebaliknya akan terus komited menjalankan tugasnya sebagai seorang pelakon.
“Kalau tak ada halangan, bulan enam saya akan shoot satu filem, lepas tu bulan lapan satu lagi, dan bulan sepuluh pun ada juga,” katanya.
“Saya sangat suka lakonan. Mungkin sebab dalam real life saya agak membosankan, jadi bila dapat watak itu satu benda yang sangat bestz
“Untuk nak rehat, mungkin nanti bila dah tua sikit kot. Sekarang ni saya masih ada tenaga untuk bekerja. Selagi orang nak, kalau dah tak nak nanti takkan nak paksa kan,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Amir bakal tampil menerusi filem terbaharu lakonannya yang berjudul Konspirasi.