Skip to main content

Hiburan

Rizky Febian Mula Bersukan Dan Diet Selepas Jadi Bapa - “Saya Mahu Ada Waktu Lebih Lama Bersama Mahalini Dan Selina”

Rizky Febian Mula Bersukan Dan Diet Selepas Jadi Bapa - “Saya Mahu Ada Waktu Lebih Lama Bersama Mahalini Dan Selina”

Sekilas

  • Rizky Febian kini mengamalkan gaya hidup sihat demi isteri Mahalini dan anak mereka, Zairee, supaya dapat menikmati masa bersama lebih lama.
  • Rizky lebih matang dalam membuat keputusan dan sedang fokus membina label muzik sendiri serta perniagaan minyak wangi untuk isteri.
  • Konsert Malam Rawan pada 29 November di Zepp KL akan menampilkan kisah cinta Rizky dan Mahalini, dengan susunan muzik baru dan penari untuk pertama kali.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mengakui kehidupan selepas berkeluarga dan bergelar bapa mendorongnya mengamalkan gaya hidup lebih sihat demi isteri, Mahalini Raharja serta anak mereka, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.

Menurut Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 28, keinginan untuk menikmati lebih banyak waktu bersama kedua-duanya menjadi pendorong utama dirinya mula bersukan dan menjaga pemakanan.

Advertisement

“Sekarang saya mula bersukan, mula hidup sihat kerana salah satu pendorongnya adalah saya mahu ada waktu yang jauh lebih lama untuk bersama isteri dan anak saya.

“Saya mahu sihat terus, saya mahu bahagiakan mereka berdua,” katanya.

Rizky berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media konsert Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 29 November ini di Zepp KL.

Advertisement

Mengulas lanjut, pelantun lagu Cuek itu meluahkan rasa syukur terhadap kehidupan yang disifatkan sudah dilimpahi pelbagai nikmat.

Menurutnya, kehadiran isteri dan anak membuatkan dirinya lebih menghargai segala yang dimiliki.

“Saya sekarang merasa tidak perlu minta apa-apa lagi daripada Allah. Allah sudah beri semuanya, rezeki berlimpah, punya isteri cantik, anak cantik.

“Tinggal kita syukuri dan jalani,” ujarnya.

Selain perubahan gaya hidup, Rizky mengakui dirinya kini lebih matang dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan.

Katanya, masa depan Selina serta perjalanan kehidupan bersama Mahalini menjadi pertimbangan utama, termasuk ketika merancang kerjaya dan sumber pendapatan.

“Sekarang lebih boleh dewasa ketika mahu mengambil sebuah keputusan. Pemikiran juga jauh lebih panjang kerana memikirkan bagaimana nanti Selena besar dan bagaimana saya dengan Mahalini menjalani kehidupan lima tahun ke depan.

“Saya sekarang fokus mempunyai label sendiri dan cuba membuat perniagaan di luar muzik. Saya mula belajar bisnes, buat jenama minyak wangi untuk Mahalini.

“Saya berusaha untuk terus berinovasi bagaimana caranya boleh membahagiakan mereka berdua dengan semampu saya,” jelasnya.

Mengulas mengenai konsert November hadapan, Rizky bakal berkongsi perjalanan cintanya bersama Mahalini menerusi segmen khas dalam konsert Malam Rawan.

Menurutnya, persembahan tersebut turut menampilkan susunan muzik berbeza serta hampir 20 lagu yang dirangka supaya mempunyai kesinambungan cerita.

Lebih istimewa, dia akan tampil bersama penari buat kali pertama atas inisiatif sendiri.

“Tidak pernah bawa penari, nanti untuk pertama kalinya saya akan ada penari. Itu inisiatif peribadi saya.

“Doakan semoga tidak kaku, semoga tidak jadi robot nanti.

“Saya tidak hanya sekadar menyanyi, tetapi mahu orang yang menonton juga terlibat dan bersama-sama merasakan pengalaman dalam konsert tersebut,” tuturnya.

Anda mungkin berminat dengan

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

Nike Youth Unisex Everyday Cushioned Crew Socks (6 Pairs) - Multi-Color [CK7302-906]

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

【Ready Stock】FitYoga Women Yoga Pants Fitness Pants Legging for Running Yoga Sports Fitness

Must Watch Video

Advertisement