Aktor The Rock mengejutkan peminat menerusi penampilan terkininya yang cukup berubah.
Jika sebelum ini The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson cukup ikonik dengan tubuh kekar, penampilan terkininya membuat ramai terkejut.
Advertisement
Tubuh The Rock tidak lagi kekar atau berbadan sado. Sebaliknya bintang berusia 53 tahun itu dilihat memiliki tubuh badan yang menarik seperti seorang atlet.
Bintang yang cukup terkenal dengan watak aksi itu tampil di Venice Film Festival 2025 dengan berat badan baharu.
Berat badan yang sebelum ini mencecah 136 kilogram berjaya melalui transformasi dengan disiplin dan keinginan yang tinggi menjadi 108 kg. The Rock telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 27 kg dengan cara yang sihat.
Penampilan tersebut merupakan pengorbanan yang disifatkan The Rock sebagai sesuatu yang ingin dilakukan sejak lama.
“Ini adalah transformasi yang ingin saya lakukan sejak dulu,” ujar The Rock kepada The Hollywood Reporter.
Transformasi itu pun dilakukan The Rock demi memenuhi tuntutan watak filem terkininya, The Smashing Machine. The Rock membawa watak bintang dan ikon MMA, Mark Kerr.
“Saya sangat bertuah kerana memiliki karier yang membenarkan saya merealisasikan apa yang ada dalam fikiran.
“Selepas sekian lama, saya berfikir apa lagi yang boleh saya lakukan? Bagaimana dengan penampilan dan arah saya? Saya mahu melakukan hal yang lebih jauh dan saya mendapatkannya,” kata The Rock lagi.
Cukup terkenal dengan francais filem Fast & Furious, The Rock membawakan kisah kehidupan Kerr di dalam dan luar gelanggang. Filem The Smashing Machine dijangka tayang awal Oktober.