Skip to main content

Indonesia

Rossa Beri Zakat RM120,000, Sedia Akses Elektrik Darurat Buat Mangsa Banjir

rossa-zakat

Sekilas

  • Penyanyi Rossa menyalurkan zakat bernilai RM120,000 untuk membantu mangsa banjir di beberapa wilayah di Sumatera.
  • Bantuan disalurkan melalui organisasi kemanusiaan seperti KitaBisa dan Partner in Goodness serta secara langsung kepada mangsa di lokasi bencana.
  • Bantuan digunakan untuk membina khemah sementara, menyediakan akses elektrik darurat, generator, dan kemudahan komunikasi dengan bantuan Starlink.

Penyanyi Rossa melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang berkemampuan apabila menyalurkan zakat bernilai RM120,000 sebagai bantuan kepada masyakarat di sejumlah wilayah di Sumatera yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Zakat harta itu disalurkan menerusi beberapa organisasi kemanusiaan termasuk 
KitaBisa, Partner in Goodness dan sumbangan yang diberi secara langsung kepada mangsa di lokasi bencana.

“Akhir tahun 2025 ini mengajarkan kita banyak hal. Bahawa saudara itu bukan berdasarkan darah tapi sesama manusia. Dan sebaik-baiknya harta adalah yang bermanfaat bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk orang lain," tulis Rossa di akaun media sosial seperti dilaporkan Kompas.

Berdasarkan laporan dari organisasi kemanusiaan, bantuan Rossa digunakan untuk banyak keperluan termasuk membangun khemah untuk menampung mangsa sementara, menyediakan akses elektrik darurat dan generator serta kemudahan hubungan komunikasi dengan bantuan Starlink.

“Semoga Allah menggantikan semua kehilangan dengan yang lebih baik. Terima kasih teman-teman Epartnersingoodness yang selalu siap dan semangat dalam perjuangan kemanusiaan. Hanya Allah yang bisa membalas tenaga dan ketulusan kalian,” katanya lagi.

Sebelum ini Rossa secara terbuka memberitahu belum sanggup ‘turun’ langsung ke lokasi banjir Sumatera tetapi berusaha membantu mangsa dengan cara lain.

Must-Watch Video

Advertisement