Skip to main content
Advertisement

Indonesia

Rossa Perkenal Anak Perempuan: “Namaku Raina, Adik Rizky”

ASTRO GEMPAK rossa (3)

Sekilas

  • Rossa memperkenalkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Raina sebagai anaknya di Instagram, mengejutkan peminat kerana dia sebelum ini dikenali sebagai ibu tunggal seorang anak lelaki.
  • Raina yang berusia 2 tahun dilihat comel mengenakan kebaya sedondon bersama Rossa dan adiknya, Rizky Langit Ramadhan, yang kini berusia 19 tahun.
  • Perkongsian Rossa itu mendapat sambutan hangat daripada rakan selebriti dan peminat yang meninggalkan komen serta emoji positif di media sosial.
Advertisement

Penghibur Indonesia, Rossa membuat heboh dunia maya apabila memperkenalkan seorang kanak-kanak perempuan sebagai anaknya.

‘Salam kenal’ itu menjadi perbualan hangat memandangkan Rossa diketahui sudah memegang status ibu tunggal satu anak sejak bercerai dengan suaminya, pemain dram Padi, Yoyo, pada tahun 2009.

Advertisement

Bukan memperkenalkan suami, penyanyi Hey Ladies itu tiba-tiba memperkenalkan seorang kanak-kanak perempuan yang comel sedondon berkebaya dengannya sebagai anak.

“Assalamualaikum pakcik dan makcik serta semua. Namaku Raina, umurku 2 tahun. Aku anak Ibu Rossa, adiknya kaka Rizky,” tulis Rossa pada foto di Instagram.

Tanpa memperincikan butiran periodai Raina, Rossa terus berkongsi beberapa foto anak perempuan itu bersama satu-satunya anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan. Pada satu foto, Rizky dilihat mencium adik perempuannya itu.

Advertisement

Pada satu foto lain pula, Rossa dilihat mendukung Raina sewaktu dia masih berusia kurang dua tahun.

Perkongsian tersebut turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakan selebriti. Ramai yang meninggalkan emoji serta memberi komen  bahagia dengan perkongsian tersebut.

Untuk rekod, anak lelaki Rossa kini sudah berusia 19 tahun sementara penyanyi yang kerap dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama Afgan itu berusia 47 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

BATIK PLEASE SKIRT WIRU PLEASE SKIRT/ WIRU SKIRT/ PLEASE KEBAYA SKIRT/ WEDDING SKIRT/ KEBAYA SKIRT

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

BGM POLO LADIES H-SHAPED SLIP-ON DENIM SANDAL-BP-LS146HSD-KC

BGM POLO LADIES H-SHAPED SLIP-ON DENIM SANDAL-BP-LS146HSD-KC

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Lovito Casual Blouse Plain Split Front Cold Shoulder Blouse for Women LNA30014 (Multi-color)

Lovito Casual Blouse Plain Split Front Cold Shoulder Blouse for Women LNA30014 (Multi-color)

Must Watch Video

Advertisement