Skip to main content

Hiburan

Rumah Tangga Masih Utuh, Hannah Delisha Anggap Hantaran Di Hotel Mewah Hanya Salah Faham - “Sebenarnya Kami…”

Hannah Delisha

Pelakon, Hannah Delisha menafikan rumah tangganya bersama suami, Imam Shah kini sedang bergolak. 

Menurut Hannah atau nama lengkapnya Hannah Adlina Blackburne Birch kekeliruan berlaku berkemungkinan kerana pihak hotel tidak mengetahui nama sebenarnya. 

Jelasnya, tempahan hotel tersebut sebenarnya dibuat oleh  sebagai satu kejutan.

“Lah, yang booked bilik itu Imam, dia book atas nama saya. So for some reason saya rasa hotel tidak tahu jadi mereka letaklah Miss Hanna, itu sahaja sebenarnya. 

“Kami sebenarnya sambut tahun baharu sama-sama, cuma yang booked Imam. Ia sebenarnya adalah kejutan dan saya tidak tahu mengenai perkara tersebut. Dia mungkin booked hotel itu atas nama saya dan nama saya bukan Hannah Delishalah dalam tu jadi saya rasa mereka tidak tahu. That's why they ah call it... call me as ah, Miss Hanna,” katanya. 

Hannah berkata demikian ketika ditemui di Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026 pada Sabtu. 

Dalam pada itu, pelakon yang  popular dengan drama, Andai Itu Takdirnya akui lebih selesa untuk berdiam diri daripada menjelaskan kepada orang ramai apa-apa mengenai kehidupan peribadinya. 

“Saya rasa pengikut saya tahu yang saya tidak terlalu berkongsi mengenai hal peribadi melainkan pasal kerja. Tapi kadang-kadang saya akan kongsi sahaja selai kerja 

So itulah, kita pun nak New Year juga kan. Tapi, simple-simple je, kat dalam hotel, chill, gim, makan. Banyak makan jelah sebenarnya.

“Dan i don't feel the need to explain sebab itu adalah Instagram saya dan benda yang saya post simple-simple sahaja dan tak adalah nak menunjuk ke apa. Jadi kalau mereka percaya apa yang mereka nak percaya saya tak kisah. 

“Saya faham kenapa mereka komen macam tu tapi tak perlu untuk saya jelaskan satu persatu,” tambahnya. 

Terdahulu, seorang pengikut mempersoalkan status rumah tangga Hannah selepas dia berkongsi gambar bercuti di sebuah hotel mewah baru-baru ini. 

Sekadar info, Hannah dan Imam disatukan dalam majlis kecil-kecilan di negara kelahiran Hannah, Singapura pada 18 Februari 2021 secara tertutup dan dihadiri beberapa ahli keluarga daripada kedua belah pihak sahaja.

Must-Watch Video

Advertisement