Skip to main content

Hiburan

Saling ‘Unfollow’ Di Instagram & Tiada ‘Posting’ Raya Bersama… Julia Farhana & Suami Cetus Tanda Tanya

Julia Farhana

Sekilas

  • Pelakon Julia Farhana dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, dipercayai menyambut Aidilfitri secara berasingan tahun ini.
  • Che Hafiz hanya berkongsi gambar bersama ibunya di pagi raya dan kedua-dua pasangan dilihat telah tidak mengikuti satu sama lain di Instagram.
  • Julia dan Che Hafiz berkahwin pada April 2022 dalam majlis tertutup selepas pulang berbulan madu.

Pelakon, Julia Farhana mencetuskan tanda tanya apabila dipercayai menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini secara berasingan dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Che Hafiz dilihat hanya memuat naik foto dirinya menyambut Aidilfitri bersama ibu tercinta tanpa kelibat Julia.

“Sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Seperti biasa di pagi raya saya akan singgah ziarah ibu & ayah tercinta terlebih dahulu.

“Sempat jugak merasa air tangan ibu buat nasi minyak ayam merah yang
sudah lama mengidam.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita,” luahnya.

Bukan itu sahaja, spekulasi semakin hangat diperkatakan apabila kedua pasangan ini dilihat saling tidak mengikuti (unfollow) satu sama lain di platform yang sama.

Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pad 14 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup.

Pengumuman dibuat selepas pasangan itu pulang dari berbulan madu, dengan Julia meluahkan rasa syukur dan meminta doa orang ramai untuk perkahwinan mereka. 

Sebelum ini, Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Lufya pada November 2016 sebelum memilih untuk bercerai pada Jun 2020.

Sumber: Instagram Che Hafiz

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Must-Watch Video

Advertisement