Skip to main content

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-33, Aedy Ashraf Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu & Kakak

Sambut Ulang Tahun Ke-33, Aedy Ashraf Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu & Kakak

Sekilas

  • Aedy Ashraf menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibu dan kakaknya sebagai tanda penghargaan.
  • Dia berkongsi di Threads bahawa doa dan sokongan ibu serta kakaknya adalah sebab utama dia terus kuat dan berjaya dalam hidup dan kerjaya.
  • Aedy mengakui hadiah tersebut hanyalah cara untuk menzahirkan rasa syukur atas pengorbanan, kasih sayang, dan doa yang tidak ternilai dari kedua-dua insan itu.
Advertisement

Pelakon, Aedy Ashraf menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 dengan cara yang sangat bermakna apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah buat ibu dan kakaknya.

Menerusi perkongsian di Threads, penghargaan itu dibuat kerana dua insan itu sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan hidup dan kerjayanya.

Advertisement

“Aku hadiahkan juga sesuatu untuk ibu dan kakak aku sempena hari jadi aku.

“Aku percaya, antara sebab aku masih berdiri dan bernapas sampai hari ini adalah kerana doa mereka yang tak pernah putus,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Tarung itu mengakui apa sahaja yang mampu diberikan kepada kedua-dua insan tersebut tidak akan pernah mampu menandingi segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang telah dicurahkan buat dirinya.

Advertisement

Menurutnya, hadiah yang diberikan hanyalah salah satu cara untuk menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada mereka.

“What I give will never compare to all their sacrifices, love, and prayers for me.

“Alhamdulillah, untuk satu lagi tahun kehidupan, dan untuk mereka yang sentiasa ada,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement