Skip to main content

Viral

Sapa 'Hi Mark', Peniaga Pulau Pinang Jadi Pelakon Tambahan Filem Hollywood! - "Saya Diminta Ada Di Lokasi Dari Pukul 5 Pagi..."

Sapa 'Hi Mark', Peniaga Pulau Pinang Jadi Pelakon Tambahan Filem Hollywood! - "Saya Diminta Ada Di Lokasi Dari Pukul 5 Pagi..."

Sekilas

  • Sheikh Mokhtar Sheikh Ali, atau Mamu, seorang peniaga koleksi di Pulau Pinang, berpeluang menjadi pelakon tambahan dalam filem Netflix, The Big Fix, selepas sapaan ringkas kepada Mark Wahlberg.
  • Gerai Mamu di Rope Walk, George Town dipilih sebagai lokasi penggambaran dan beliau menerima bayaran RM650 untuk sehari penggambaran tanpa dialog.
  • Filem The Big Fix kini sedang dirakam di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan turut menampilkan pelakon terkenal lain seperti Riz Ahmed dan Nuha Jes Izman.
Advertisement

Siapa sangka sapaan ringkas "Hi Mark, welcome to Penang" membawa tuah buat seorang peniaga barangan koleksi di Pulau Pinang apabila berpeluang berkongsi set penggambaran bersama bintang Hollywood, Mark Wahlberg.

Sheikh Mokhtar Sheikh Ali, 60, yang lebih mesra disapa Mamu berkata, dia tidak menyangka sapaan spontan kepada pelakon terkenal itu bertukar menjadi perbualan mesra, sesi bergambar dan peluang muncul sebagai pelakon tambahan dalam filem Netflix berjudul The Big Fix.

Advertisement

Menurutnya, kira-kira tiga minggu sebelum penggambaran bermula, kru produksi tempatan menghubunginya bagi mendapatkan kebenaran menggunakan gerai miliknya di Rope Walk, George Town sebagai salah satu lokasi penggambaran.

"Mereka memerlukan peniaga yang mempunyai lesen perniagaan sah dan gerai perlu disusun kemas kerana akan muncul dalam filem. Selepas dipilih, saya diminta berada di lokasi dari jam 5 pagi hingga 5 petang," katanya.

Lebih menggembirakan, Mamu turut menerima bayaran sebanyak RM650 sebagai pelakon tambahan sepanjang sehari penggambaran.

Katanya, detik paling bermakna apabila babak pertama Mark Wahlberg dirakam betul-betul di hadapan gerainya.

"Mula-mula dia nampak serius, tetapi sebenarnya sangat mesra. Kami sempat berbual mengenai beberapa filem lakonannya. Saya beritahu saya suka filem-filemnya, kemudian dia kata Four Brothers antara filem kegemarannya," katanya.

Bagaimanapun, perbualan mereka tidak berpanjangan apabila pasukan solekan dan keselamatan aktor itu tiba untuk membuat persiapan penggambaran.

Mamu berkata, babak di hadapan gerainya diulang sehingga lima atau enam kali bagi mendapatkan rakaman terbaik, manakala tugasnya hanyalah melayan pelanggan seperti hari biasa.

"Saya tak ada dialog. Saya cuma perlu kelihatan semula jadi seperti sedang berniaga," katanya.

Bapa kepada empat cahaya mata itu mengakui hanya mengetahui Mark Wahlberg merupakan pelakon utama filem berkenaan sehari sebelum penggambaran selepas berita ketibaannya di Pulau Pinang tular di media sosial.

Menurutnya lagi, hampir 100 peniaga di Rope Walk terlibat sebagai pelakon tambahan dalam produksi tersebut, manakala selebihnya tidak dapat menyertai kerana komitmen kerja.

Mamu yang menjual pelbagai barangan koleksi termasuk figura Transformers, Marvel dan kereta die-cast berkata, peluang menjadi sebahagian daripada produksi Hollywood merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakannya.

"Anak saya memang peminat Mark Wahlberg. Dia siap pesan suruh dapatkan tandatangan. Tapi bagi saya, dapat berbual dengan beliau pun sudah cukup menggembirakan.

"Walaupun nanti wajah saya muncul beberapa saat sahaja atau mungkin dipotong terus daripada filem, saya tetap bersyukur kerana berpeluang merasai pengalaman bekerja dalam produksi antarabangsa," katanya.

The Big Fix kini menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang selama kira-kira dua minggu. Filem terbitan Netflix itu turut dibintangi Riz Ahmed, Chin Han, Vipin Sharma dan pelakon Malaysia, Nuha Jes Izman.

Sumber: Bernama melalui The Star

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Moza Steering Wheel CSV2P / FSR / GSV2P / KS / RS V2 with R9 and R12 Direct Drive Wheel Base Racing Game Simulator

Moza Steering Wheel CSV2P / FSR / GSV2P / KS / RS V2 with R9 and R12 Direct Drive Wheel Base Racing Game Simulator

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement