Skip to main content

Hiburan

“Saya Lelaki Paling Bertuah” - Syed Saddiq

WhatsApp Image 2026 03 28 at 16.10.35

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengumumkan pertunangannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang disifatkannya sebagai wanita yang sangat dihormati.
  • Syed Saddiq berkongsi sisi berbeza Bella yang tidak diketahui umum, termasuk sifatnya yang kuat, baik hati, dan dedikasinya sebagai ibu kepada dua anak.
  • Majlis pertunangan mereka disiarkan secara langsung di Astro dan liputan penuh boleh didapati di platform digital Astro Gempak dan Era.je.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa syukur selepas sah bergelar tunangan kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah.

Menurut Syed Saddiq, dia adalah individu paling bertuah selepas sah bergelar tunangan kepada wanita yang sangat dia hormati.

Advertisement

“Hari ini saya berucap bukan sebagai seorang ahli parlimen atau pembahas, tapi saya berucap sebagai seorang lelaki yang bertuah di bumi.

“Tetapi yang penting adalah pengakhirannya di mana pertunangan daripada saya dan pihak keluarga diterima oleh mama dan ayah Bella. Itu paling penting,” katanya.

Dalam ucapannya, Syed Saddiq turut berkongsi bagaimana dia melihat sisi berbeza Bella Astillah yang tidak diketahui umum.

Advertisement

“Saya dapat melihat sisi yang berbeza... the most exceptional, talented Iron Lady, Bella Astillah. Mungkin ramai kenal Bella di atas pentas, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain dirinya.

“Wanita yang tidak pernah faham perkataan penat. Dalam kepenatan itu dia mencari kebangkitan, dalam kejatuhan dia mencari jalan untuk bangkit. Itu yang membuatkan Bella sangat istimewa. Kalau ada satu perkataan yang boleh saya rumuskan, dia bukan sekadar Iron Lady, tetapi seorang yang sangat baik.

“Dia baik kepada keluarga, kepada keluarga saya, dan lebih penting kepada orang yang dia tidak pernah kenal,” jelasnya.

Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa hubungan mereka bermula sebagai kawan, dan dari situlah dia mula mengenali keperibadian sebenar Bella.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut meluahkan rasa kagum terhadap Bella dalam peranannya sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata, Ayden dan Ara.

“Saya kenal Bella sebagai seorang kawan sebelum saya jatuh cinta dengannya. Bila dia berjumpa dengan orang yang tidak dikenali, walaupun penat selepas berjam-jam bekerja, dia tetap melayan mereka seperti keluarga sendiri. Itu yang membuatkan saya jatuh cinta.

“Apa yang lebih mengagumkan adalah Bella sebagai seorang ibu. Melihat kasih sayangnya kepada anak-anak mengingatkan saya kepada ibu dan ayah saya sendiri. Tiada siapa lebih penting daripada anak-anaknya,”tambahnya.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Bella Astillah.

Berita gembira itu diumumkan menerusi satu hantaran di Syed Saddiq dan Bella Astillah berkolaborasi dengan Astro Gempak pada Sabtu.

Saksikan siaran langsung majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq eksklusif hanya di Astro.

Dapatkan liputan penuh majlis ini di platform digital Astro Gempak dan Era.je mulai.

Anda juga boleh saksikan secara langsung majlis pertunangan ini di Astro Ria dan Astro AWANI bermula 3.30 petang.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

Must Watch Video

Advertisement