Skip to main content

Hiburan

“Saya Menangis, Ada Yang Kata Gagal Jadi Ibu” – Ibu Syed Saddiq

“Saya Menangis, Ada Yang Kata Gagal Jadi Ibu” – Ibu Syed Saddiq

Sekilas

  • Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, gembira pengumuman tarikh pernikahan anaknya dengan Bella Astillah pada 10 Oktober memberi kelegaan kepada keluarga untuk buat persiapan.
  • Sharifah Mahani pernah menangis selepas terima mesej negatif dan ugutan daripada individu tidak dikenali yang mempertikaikan dirinya dan pasangan anaknya.
  • Walaupun terima tekanan, dia kini reda dan berharap urusan pernikahan berjalan lancar serta hubungan mereka diberkati Allah.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur dan gembira selepas anaknya bersama selebriti Bella Astillah mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 10 Oktober depan.

Menurut Sharifah Mahani, pengumuman tersebut turut melegakan ahli keluarga yang kini boleh memberikan tumpuan terhadap persiapan majlis kedua-dua belah pihak.

“Allahuakbar, sungguh gembira. Amat-amat menggembirakan kerana sekarang ramai yang sudah tahu tentang hal ini.

“Ahli keluarga juga rasa senang dan persiapan akan dibuat seberapa segera. Marilah kita sama-sama doakan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan tersebut, bekas guru yang berkhidmat selama 38 tahun itu mengakui pernah menangis selepas menerima pelbagai mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang mempertikaikan dirinya sebagai seorang ibu selain mengeluarkan kata-kata negatif terhadap Syed Saddiq dan Bella.

“Pada awalnya saya menangis sebab tak biasa dengan situasi macam ini. Ada yang kata saya gagal jadi ibu, tak pandai mendidik Saddiq dan memalukan keluarga.

“Ada juga yang berkata negatif tentang Bella dan memandang rendah anak saya. Memang susah nak terima pada awalnya,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, Sharifah Mahani mendakwa ada antara mesej tersebut mengandungi kata-kata nista dan ugutan malah pengirim menggunakan nombor lain selepas disekat.

“Kadang-kadang setiap minggu terima mesej, kadang-kadang seminggu dua kali. Bila saya sekat, ada yang guna nombor lain.

“Bukan dari dalam negara sahaja, ada juga nombor dari luar negara seperti Singapura. Saya sendiri tak tahu macam mana mereka boleh dapat nombor telefon,” katanya.

Namun, dia kini memilih untuk menerima perkara tersebut sebagai lumrah dan hanya berharap urusan pernikahan Syed Saddiq bersama Bella dipermudahkan.

“Yang penting Allah Maha Mengetahui hubungan mereka. Biarlah hubungan mereka sah dari segi agama.

“Saya hanya mendoakan semoga Allah permudahkan, sahkan mereka bernikah pada tarikh tersebut dan bahagia sampai ke Jannah,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella mengumumkan bakal bernikah pada 10 Oktober depan selepas membuat pengumuman rasmi menerusi program MeleTOP.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware Tool (12 Pcs)

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

Must Watch Video

Advertisement