Skip to main content

Hiburan

"Saya Punah Dan Pasrah..." Abang Nourul Depp Hidap Kanser Darah

Nourul Depp
Advertisement

Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa sedih dan terkesan apabila abangnya, Mohamad Rizal Ab Wahab, kini sedang berdepan ujian berat selepas disahkan menghidap kanser darah.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Nourul mengakui dirinya kehilangan kata-kata untuk menggambarkan perasaan yang sedang dilaluinya sekarang. 

Advertisement

“Hilang kata-kata bagi seorang seperti saya yang mudah meluahkan kata kata. Bila sampai ujian yang satu ini, saya punah dan pasrah. 

“Abang saya yang satu ini adalah abang yang kami sayangi. Ya Allah beri kesembuhan pada Mohamad Rizal Ab Wahab yanh diduga kanser darah. Tak tahu nak luahkan rasa ini,” tulisnya. 

Dalam pada itu, Nourul turut berkongsi harapan dan impian yang masih ingin direalisasikan bersama abangnya, termasuk menunaikan ibadah umrah di Mekah dan melancong bersama.

“Lekas cergas abang. Kita nak ke mekah bersama dan kita nak ride di Bali nanti. Dua hari yang amat sukar bagi saya. Banyak cabaran. Ya Allah permudahkan urursan kami. Aminnn,” tambahnya.   

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement