Skip to main content

Hiburan

“Saya Setuju Dengan Yusuf Bahrin, Artis Pun Ada Struggle Sendiri” – Scha Alyahya

Scha Alyahya

Sekilas

  • Scha Alyahya berkongsi bahawa kehidupan selebriti penuh cabaran dan bukan sekadar glamor seperti yang disangka ramai.
  • Filem terbaharunya, Kata Hati, memaparkan realiti susah payah dan tekanan yang dihadapi anak seni termasuk ekspektasi keluarga dan masyarakat.
  • Scha juga mengakui industri seni Malaysia kecil dengan bayaran terhad serta perlunya artis bekerja keras dari segi lakonan, promosi dan pemasaran.

Pelakon, Scha Alyahya mengakui kehidupan sebagai seorang anak seni tidaklah seindah seperti yang disangka sesetengah pihak.

Menurut pemilik nama Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya ini, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi disebalik populariti dan kemewahan yang sering dilihat orang ramai.

Malah, filem terbaharu lakonan Scha yang berjudul Kata Hati turut memaparkan sisi dan realiti sebenar kehidupan seorang selebriti yang jarang diperkatakan.

“Kalau ada satu movie yang akan keluar hari yang sama, iaitu Kata Hati. Mesej dalam filem itu lebih kurang macam itulah.

“Kita sebagai selebriti, apa yang orang nampak hanyalah luaran sahaja. At the end of the day, ia hanyalah satu pekerjaan yang ada pasang surut dan ada struggle yang lagi sukar sebenarnya dan orang tak nampak.

“Kita bukan saja bercakap tentang perkara yang orang nampak seperti kepayahan di belakang tabir tetapi kami juga berdepan cabaran iaitu ekspektasi orang dan juga keluarga kita.

“Kadang-kadang keluarga pun terkena tempias dan benda-benda itu sebenarnya berat,”katanya kepada Gempak ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem 5 Bomoh bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Scha berkongsi perkara tersebut susulan perkongsian pelakon, Yusuf Bahrin yang berkongsi liku-liku sebenar yang dihadapinya sebagai seorang anak seni.

Justeru, Scha berkata bahawa dia memahami perkongsian Yusuf sambil memaklumkan bahawa anak seni di Malaysia perlu bekerja lebih keras demi mencari sesuap nasi.

“Apa yang Yusuf cakap itu memang saya setuju 100 peratus kerana industri kita kecil. Kalau kita tengok Hollywood, mereka berlakon satu filem dalam masa setahun kemudian tak perlu buat apa dah.

“Tetapi di sini, kita kena berlakon, buat promosi, buat posting dan juga pemasaran. Itulah yang orang kadang-kadang tak nampak.

“Ada yang kata, ‘Alah artis, siapa suruh jadi artis’. Kita faham pandangan itu, tetapi setiap orang ada cabaran masing-masing dan bukanlah untuk memperlekehkan rezeki atau kesusahan orang lain,” katanya lagi.

Ditanya mengenai bayaran, isteri kepada pengacara dan pelakon, Awal Ashaari ini mengakui tawaran yang diberikan mungkin terbatas memandangkan pasarannya yang tidak besar jika hendak dibandingkan dengan pasaran luar.

“Kalau nak cakap tentang bayaran, kita orang Malaysia dan antara Asia pun, kita antara yang terkecil (pasaran).

“Kita juga masih berdepan kesukaran untuk menembusi pasaran luar jadi banyak limitasi yang ada. Ia melibatkan semua sebenarnya, daripada penerbit, produksi hinggalah kepada artis. Bukan selebriti sahaja, semua cukup-cukup makan sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon, Yusuf Bahrin tampil berkongsi realiti sebenar yang dihadapi anak seni.

Kongsi Yusuf, ramai yang menganggap kerjaya lakonan penuh glamor, namun, realitinya bidang itu jauh lebih mencabar berbanding persepsi umum.

Tanbah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, ada hari artis perlu berada di lokasi seawal jam 5 pagi, namun, belum tentu dapat pulang walaupun sudah mencecah tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement