Skip to main content

Selebriti

“Saya Tak Nak Cerita Di Sosial Media Mengenai Masalah Rumah Tangga Sebab Tak Patut” - Haqiem Stopa

Haqiem Stopa isu rumah tangga

Ringkasan AI

  • Haqiem Stopa memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan curang oleh isterinya sehingga tarikh rasmi untuk penjelasan.
  • Haqiem mahu kenyataan yang dikeluarkan nanti lengkap dan menyeluruh, termasuk isu tidak tinggal sebumbung.
  • Haqiem menegaskan ini akan menjadi kenyataan pertama dan terakhir tentang rumah tangganya.
  • Dia juga tidak mahu membuka aib rumah tangga di media sosial dan menghormati isteri serta anak mereka.
  • Isterinya, Aireena Sofia, sebelum ini mendakwa Haqiem curang dan mendedahkan hubungan suaminya dengan gadis berusia 18 tahun.

Pempengaruh media sosial, Haqiem Stopa memilih untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai dakwaan curang yang ditimbulkan oleh isterinya Aireena Sofia sehingga tiba tarikh yang telah ditetapkan untuk memberikan penjelasan secara rasmi.

Menurut Haqiem, keputusan itu diambil bagi memastikan segala kenyataan yang dikeluarkan kelak adalah secara lengkap dan menyeluruh.

“Mengenai dakwaan isteri saya itu, saya tidak mahu ulas apa apa lagi buat sementara waktu sebab sudah ada tarikh yang sesuai untuk beri kenyataan secara menyeluruh mengenai hal berkenaan.

“Sebab itu saya tak boleh nak keluarkan apa apa kenyataan lagi, insya-Allah dalam masa terdekat, tak lama dah,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Jelas Haqiem lagi, dia juga akan turut menjawab semua persoalan yang timbul, termasuk dakwaan bahawa mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

“Buat masa ini, sama ada ya atau tidak, belum ada jawapan lagi untuk semua, tetapi pada hari yang sudah ditetapkan itu, kita akan jelaskan semuanya.

“Termasuklah dakwaan tidak tinggal sebumbung itu pun saya akan jelaskan pada hari yang sama juga. Itulah akan menjadi kenyataan pertama saya dan juga yang terakhir tentang hal rumah tangga kami,” jelasnya.

Ketika ditanyan mengenai hubungan bersama isteri, Haqiem berkata dia tidak mahu membuka aib rumah tangga di media sosial.

“Saya tidak mahu cerita apa-apa, isteri saya seorang yang baik dan ibu yang baik untuk anak saya.

“Semestinya saya akan perbaiki rumah tangga saya. Saya tak nak cerita dekat sosial media mengenai masalah rumah tangga sebab tak patut,” ujarnya.

Terdahulu, isterinya Aireena mendakwa Haqiem berlaku curang, termasuk mendedahkan hubungan suaminya dengan seorang gadis berusia 18 tahun. 

Dalam siaran langsung di TikTok, Aireena turut menangis menceritakan apa yang berlaku sejak dia dalam tempoh berpantang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.
 

Must-Watch Video

Advertisement