Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein meluahkan rasa syukur kerana dapat banyak sokongan sejak mula berhijrah.
Jelas Ellya atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, dia sangat terharu menerima kiriman mesej daripada orang ramai yang tak henti-henti mendoakan dirinya untuk ke arah yang lebih baik.
“DM saya penuh dengan doa, nasihat dan kata-kata yang indah. Terima kasih banyak-banyak. Bila saya baca sebak sangat dan saya rasa ramai yang suka dengan peghijrahan ini.
“Saya pun suka dan bersyukur dengan rasa yang Allah bagi. Kita ni manusia memang tidak lari daripada melalukan kesilapan tapi saya sangat bersyukur bila dapat nikmat ini sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Kak Lina turut berharap warganet tidak keliru sekiranya terlihat drama atau program yang memperlihatkan dirinya masih tidak berhijab.
Menurutnya, rakaman tersebut dilakukan sebelum penghijrahannya dan dia tidak mahu perkara itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penonton.
Tambahnya lagi, beberapa video berkenaan tetap perlu disiarkan kerana melibatkan ramai pihak dan komitmen produksi.
“Kak Lina percaya selepas ini akan ada keluar video-video yang mana kita telah pun syuting. Ketika itu masih lagi tidak berhijab.
“Kak Lina tak naklah hati orang jadi keliru, Kak Lina ni pakai tudung ke tidak? Sekejap pakai, sekejap tidak. Jadi, sebelum benda tu jadi kekeliruan, baik Kak Lina beritahu sekarang sebab benda tu dah lama shooting dan melibatkan ramai artis,” jelasnya.
Advertisement
Terdahulu, Elly membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas tampil dengan imej baharu yang lebih sopan dan manis ketika mengacarakan episod akhir Kilauan Emas.
Elly berkata keptusan itu dibuat selepas merasai satu titik perubahan dalam dirinya susulan mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.