Sekilas
- Datuk Fazley Yaakob mengakui pada mulanya dia menyangka kerjasama dengan Datuk Seri Vida hanya untuk menghasilkan kandungan media sosial.
- Anak-anak mereka yang sering melihat mereka bersama mula 'memadankan' mereka sehingga mencetuskan gelagat lucu.
- Mereka pernah mengalami situasi kelakar apabila duduk bersebelahan di sebuah kedai makan tanpa dirancang, menyebabkan kekeliruan antara mereka berdua.
Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengakui pada awalnya dia menyangka kebersamaannya dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sekadar untuk menghasilkan kandungan media sosial.
Menerusi satu tembual dengan sebuah stesen radio, jelas Fazley, perkara itu timbul kerana mereka sering dilihat merakam video dan melakukan siaran langsung bersama sehingga anak-anak masing-masing mula mengusik serta ‘memadankan’ mereka.
“Saya pun ingat content. Aku dalam content ke? Sebab dia banyak recording video, banyak live bersama.
“Sebab anak-anak yang shipkan kita orang. Jadi Cik B ngan Payish tu shipkan kita orang,” katanya.
Dalam pada itu, Fazley berkongsi satu pengalaman lucu apabila mereka dibawa ke sebuah kedai makan oleh anak-anak masing-masing.
Menurutnya, kedudukan tempat duduk yang sepatutnya dirancang untuk mereka akhirnya berubah apabila dia mendapati dirinya duduk bersebelahan DSV.
“Bila shipkan kita orang, bawa kita orang ke satu kedai makan. Sepatutnya saya duduk sebelah anak, DSV duduk sebelah Cik B, tiba-tiba saya sebelah DSV.
“Macam saya tengok dia, dia tengok saya. ‘Kenapa kita datang? Dalam program tak ada pun.’
“‘Entah, Dato’ datang buat apa?’, ‘Cik B ajak. Habis DSV datang buat apa?’
“‘Payish ajak.’ Ha sudah!” ceritanya.
Situasi tersebut mencetuskan momen lucu apabila kedua-duanya seolah-olah tidak menyangka mereka berada di situ bersama, sedangkan masing-masing menyangka pertemuan itu sekadar aktiviti yang dirancang oleh pihak lain.