Skip to main content

Hiburan

Sebak Kenang Kebaikan Bekas Madu, Ziela Jalil Tak Berniat Sentuh Hal Sesiapa - “Saya Memang Menghormati Beliau…”

Ziela Jalil

Sekilas

  • Datuk Ziela Jalil berkongsi perjalanan hidupnya dalam sebuah podcast tanpa menyentuh mana-mana pihak secara negatif.
  • Dia mengakui menangis ketika ditanya tentang bekas madunya, Puan Seri Faizah, namun mengekalkan hubungan baik dan saling menghormati antara mereka.
  • Ziela sudah bersedia dengan sebarang komen netizen dan memilih untuk berkongsi perkara positif sahaja di media sosial.
Advertisement

Pelakon Datuk Ziela Jalil menegaskan kehadirannya di sebuah podcast baru-baru ini hanya untuk berkongsi mengenai perjalanan kehidupannya tanpa menyentuh mana-mana pihak. 

 

Advertisement

Namun Ziela mengakui dia tidak dapat menahan rasa sebak dan menangis ketika diajukan soalan melibatkan bekas madunya iaitu Puan Seri Faizah. 

 

Bagaimanapun, Ziela memberitahu dia sudah bersiapa sedia dengan sebarang komen daripada netizen sebaik sahaja menerima tawaran untuk menyertai podcast berkenaan. 

Advertisement

 

“Bila saya dipanggil untuk buat podcast berkongsi mengenai kehidupan saya… saya sebenarnya tak nak sentuh hal siapa-siapa, saya hanya nak kongsi tentang diri saya. 

 

“Tapi kalau dah ada orang-orang yang terlibat masuk dalam perjalanan hidup saya, jadi itu yang menjadikan penceritaan itu. Tapi yelah, biasa kalau bila saya dah setuju untuk buat podcast tu, saya tahu dia punya pro and con. 

 

“Jadi maknanya, macam komen netizen tu saya dah tak hirau. Kita ni dalam bidang dalam industri ni, soal cemuhan, apa sahaja tu, saya memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang tak suka saya boleh block, habis cerita,” katanya kepada Gempak. 

 

Ziela berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tahlil Allahyarhamah Tun Dr Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 55 tahun itu juga berkata dia kalau boleh hanya ingin berkongsi perkara yang baik-baik sahaja di laman sosial namun tidak menyangka perkongsiannya mengenai bekas madu meraih perhatian. 

 

“Saya nak yang positif je. Dekat social media ni nak benda yang elok-elok, yang positif, yang boleh memotivasikan saya. Sebab tu saya pun suka kongsi benda-benda yang happy je. 

 

“Soal saya menangis ke apa, tak payah kongsi dalam social media. Itu antara akak dengan Allah Taala. Cuma bila ada benda yang mcm tercuit sikit, contoh bila tanya fasal ibu bapa, mula cerita okay tapi bila imbau kembali memang automatik sedih la,” ujarnya lagi. 

 

Sementara itu, Ziela juga memberitahu dia mempunyai hubungan yang baik dengan bekas madunya selain sentiasa menghormati wanita tersebut. 

 

“Memang hubungan saya dengan Puan Seri Faizah memang baik. Cucu kami pun baru saja buat majlis perkahwinan. 

 

“Jadi, tak ada apa yang tak manis ke, tak elok ke... saya memang menghormati beliau, saya anggap bahawa takdir yang tertulis tu, benda dah terjadi, suami kita pun dah tak ada. 

 

“Jadi, kebaikan itu yang kita kenang, kebaikan tu yang kita sebut. Dan saya bila baca komen-komen daripada bekas pelajar dia, semua setuju, memang tahu beliau seorang yang mempunyai peribadian yang mulia,” kongsinya. 

 

Menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid pada 1991, Ziela dikurniakan sepasang anak iaitu Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

 

Ziela juga mempunyai seorang anak angkat, Ibrahim Junid Abdullah.

 

Ziela kemudian sekali lagi bermadu kali kedua apabila berkahwin dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar pada 17 Februari 2019. 

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

JEEL Punjabi Suits - Full Set with Dupatta & Pocket Pants | No Shrinkage | Assorted Designs & Colours | 100% Guaranteed

Must Watch Video

Advertisement