Skip to main content

Selebriti

Sebulan Tanpa ‘Screen Time’, Ayda Jebat Gembira Lihat Perubahan Positif Anak - “Boleh Bersabar, Dah Mula Bercakap Sikit & Faham Arahan”

Ayda Jebat anak screentime

Sekilas

  • Ayda Jebat berkongsi perubahan positif anak keduanya, Aali Mateen, selepas sebulan tidak terdedah kepada gajet atau skrin.
  • Aali kini menunjukkan perkembangan dari segi komunikasi, emosi, dan tingkah laku seperti boleh bersabar, bercakap dua patah perkataan, dan faham arahan.
  • Ayda rasa sebak dan gembira kerana Aali sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan selepas sebelum ini bimbang anaknya sukar menyesuaikan diri.

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa gembira melihat perubahan positif yang berlaku terhadap anak keduanya, Aali Mateen, selepas sebulan tidak terdedah kepada sebarang penggunaan gajet atau skrin.

Menerusi perkongsian di platform Threads baru-baru ini, Ayda berkata dia dapat melihat perubahan ketara terhadap tingkah laku serta perkembangan anaknya termasuk dari segi komunikasi dan emosi.

“Aali dah sebulan lebih tak tengok tv! No screen at all. Masya-Allah, happy tengok dia dah boleh bersabar, kejap kejap buka buku minta kita bacakan.

“Dah mula bercakap sikit! Dua patah perkataan! Dah boleh main bersama, faham arahan, boleh dengar cakap,” kongsinya.


 

Dalam masa sama, Ayda turut berkongsi rasa sebak apabila melihat Aali kini semakin bersedia untuk memulakan sesi persekolahan.

Jelas Ayda lagi, sebelum ini belum bersedia untuk menghantar Aali ke sekolah kerana bimbang anak lelakinya itu sukar menyesuaikan diri di sana.

“Okay! Adik dah boleh pergi sekolah dah! Sebelum ni tak hantar lagi sebab takut dia menjerit dekat school, kacau student lain ke.

“Sekarang, alhamdulillah adik dah sedia! Nak nangis tengok dia sekarang boleh duduk lama dekat atas kerusi. Dulu dua saat terus berlari,” tulisnya.

Perkongsian itu juga menarik perhatian netizen yang memuji usaha Ayda dalam memberi perhatian dan menitik beratkan tumbesaran anaknya.

Sumber: Threads @aydajebat

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Advertisement