Ringkasan AI
- Fara Salleh, bekas isteri pelawak Shuk Sahar, tular selepas melakukan siaran langsung jual pelekat di media sosial.
- Pelekat tersebut digunakan untuk dilekatkan pada pakaian seperti baju atau kemeja-T sebagai usaha Fara mencari rezeki.
- Reaksi netizen bercampur, ada yang bersimpati dan ada juga yang memberi komen sinis berkaitan kisah lalu Fara dan Shuk.
- Fara sebelum ini mendakwa menjadi mangsa penderaan mental semasa hamil dan selepas melahirkan anak.
- Shuk dan Fara berkahwin November 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Elaine Nada, yang lahir pada 26 Jun lalu.
Bekas isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh kembali menjadi perhatian warganet selepas tular foto tangkap layar memperlihatkan dirinya sedang melakukan sesi siaran langsung menjual pelekat (sticker) di media sosial.
Difahamkan, pelekat berkenaan digunakan untuk dilekatkan pada pakaian seperti baju atau kemeja-T, dan difahamkan usaha itu dilakukan Fara bagi mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.
Tangkap layar tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersimpati melihat keadaannya, namun tidak kurang juga yang menulis komen berbaur sinis dan mengaitkan dengan kisah lalu.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
“Sedih tengok Fara Salleh live jual sticker. Moga Allah permudahkan urusan dia.
“Cepat kifarah dia sampai ye. Dulu kemain psycho buat ex wife si Sera tu. Sekarang the table turn sudah
“Kelakar weh bunyinya. Ingatkan sticker budak-budak ke apa, pun tak salah, tapi random betul.
“Kau sorang jela kot yang sedih… semua orang tak suka dia. Ini namanya kifarah… aku cuma kesian kat anak dia je, dan anak-anak Sera… sebabkan dia hancur keluarga Sera.
“Saya pun sama dengan awak, kesian kat dia & anak. Semoga dia anggap ni ujian sebab Allah sayang dia. Alhamdulillah dia tak putus asa,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Fara pernah menjadi perhatian selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan mental dan diabaikan ketika hamil serta selepas melahirkan anak.
Kemelut rumah tangga pasangan itu memuncak apabila Shuk dikatakan melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand pada April lalu.
Untuk rekod, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Ini merupakan perkahwinan kedua Shuk, selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Rossa Sera, pada 22 Mac 2023.