Skip to main content

Hiburan

Selalu Tutup Dengan Sticker, Kali Ini Neelofa ‘Belanja’ Muka Bilal Buat Ramai Teruja - “Baru Nampak Lofa Tunjuk…”

Neelofa

Sekilas

  • Neelofa memuat naik video mempromosikan makanan kambing perap di TikTok yang menarik perhatian ramai wargamaya.
  • Anak sulungnya, Muhammad Bilal, muncul dalam video tersebut tanpa penutup muka, mencuri tumpuan netizen yang memuji kecomelan dan ketampanannya.
  • Bilal dilihat lancar mengikut bacaan doa Al-Fatihah bersama Neelofa, menunjukkan didikan agama yang diterapkan sejak kecil.

Video selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mempromosikan makanan berasaskan kambing perap mencuri perhatian wargamaya di TikTok. 

 

Namun, bukan produk yang menjadi fokus utama, sebaliknya kemunculan anak sulungnya, Muhammad Bilal, berjaya mencairkan hati ramai netizen.

 

Menerusi video tersebut, Neelofa dilihat membaca doa Al-Fatihah sebelum Bilal turut sama mengikut bacaan ibunya dan momen itu mengundang rasa teruja dalam kalangan netizen.

 

Apa yang lebih mencuri perhatian, wajah Bilal jelas kelihatan tanpa sebarang ‘sticker’ atau penutup seperti kebiasaan yang sering dilakukan Neelofa sebelum ini demi menjaga privasi anaknya.

 

Ruangan komen dibanjiri reaksi positif, malah ramai yang menyifatkan Bilal semakin comel.

 

“Tiba nampak muka Bilal tanpa sticker. So cute, SubhanaAllah.

 

“Baru nampak Lofa tunjuk muka anaknya kan.

 

“Sekarang dah empat tahun Bilal, handsome boy,” antara komen wargamaya.

 

Rata-rata turut memuji cara Neelofa mendidik Bilal apabila kanak-kanak itu dilihat lancar mengikut bacaan doa, sekali gus mencerminkan asuhan agama yang diterapkan sejak kecil.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement