Skip to main content

Hiburan

Selalu Tutup Dengan Sticker, Tular Semula Video Neelofa ‘Belanja’ Muka Bilal Buat Ramai Teruja - “Baru Nampak Lofa Tunjuk…”

Neelofa

Sekilas

  • Neelofa memuat naik video mempromosikan makanan kambing perap di TikTok yang menarik perhatian ramai wargamaya.
  • Anak sulungnya, Muhammad Bilal, muncul dalam video tersebut tanpa penutup muka, mencuri tumpuan netizen yang memuji kecomelan dan ketampanannya.
  • Bilal dilihat lancar mengikut bacaan doa Al-Fatihah bersama Neelofa, menunjukkan didikan agama yang diterapkan sejak kecil.
Advertisement

Tular semula video selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mempromosikan makanan berasaskan kambing perap mencuri perhatian wargamaya di TikTok. 

 

Advertisement

Namun, bukan produk yang menjadi fokus utama, sebaliknya kemunculan anak sulungnya, Muhammad Bilal, berjaya mencairkan hati ramai netizen.

 

Menerusi video tersebut, Neelofa dilihat membaca doa Al-Fatihah sebelum Bilal turut sama mengikut bacaan ibunya dan momen itu mengundang rasa teruja dalam kalangan netizen.

Advertisement

 

Apa yang lebih mencuri perhatian, wajah Bilal jelas kelihatan tanpa sebarang ‘sticker’ atau penutup seperti kebiasaan yang sering dilakukan Neelofa sebelum ini demi menjaga privasi anaknya.

 

Ruangan komen dibanjiri reaksi positif, malah ramai yang menyifatkan Bilal semakin comel.

 

“Tiba nampak muka Bilal tanpa sticker. So cute, SubhanaAllah.

 

“Baru nampak Lofa tunjuk muka anaknya kan.

 

“Sekarang dah empat tahun Bilal, handsome boy,” antara komen wargamaya.

 

Rata-rata turut memuji cara Neelofa mendidik Bilal apabila kanak-kanak itu dilihat lancar mengikut bacaan doa, sekali gus mencerminkan asuhan agama yang diterapkan sejak kecil.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

[TERINGIN.JE] Sour Cream Butter Cake

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

Must Watch Video

Advertisement