Sekilas
- Aisha Retno mencuri perhatian netizen dengan gelagat spontan menandatangani poster dirinya dalam keadaan ‘aib’ tanpa rasa segan.
- Pelantun lagu Samudera itu menunjukkan sikap sporting dan bersahaja sambil tersenyum ketika memberikan autograf.
- Tindakan Aisha mendapat pujian netizen yang terhibur dengan reaksi tenangnya dan menganggapnya sebagai contoh artis yang santai dan hormat peminat.
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno sekali lagi mencuri perhatian netizen menerusi gelagat spontannya ketika bertemu peminat.
Menerusi hantaran di Treads, Aisha dilihat santai menandatangani sekeping poster yang memaparkan gambar dirinya dalam keadaan ‘aib’.
Apa yang mencuit hati ramai, pelantun lagu Samudera itu langsung tidak menunjukkan rasa segan atau kurang senang, sebaliknya terus memberikan autograf sambil tersenyum melihat poster berkenaan.
Tindakan spontan Aisha itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji sikap sporting dan bersahajanya.
“You’re something dik, keep shining.
Seorang lagi netizen turut terhibur melihat reaksinya yang tenang.
“Nohhhh selamba jee.
“Aku suka artis gila macam ni. Jenis tak merentan, meroyan bila dapat peminat masuk air. Apa-apa pun masing-masing hormat sesama sendiri dan ada adab.
“Gen Z memang suka buat lawak macam ni kan,” tulis netizen.