Skip to main content

Hiburan

“Selebriti Popular Kerana…” - Daniel Cheang Angkat Kuasa ‘Fandom’ Menerusi Meet Your Idol

“Selebriti Popular Kerana…” - Daniel Cheang Angkat Kuasa ‘Fandom’ Menerusi Meet Your Idol

Sekilas

  • Daniel Cheang terbitkan program Meet Your Idol sebagai penghargaan kepada kekuatan dan sokongan peminat dalam dunia hiburan.
  • Setiap episod program ini menampilkan selebriti berbeza dengan pengalaman unik, termasuk Aisha Retno, Zarif Ghazi, Aina Abdul, ALPHA, Dolla, dan Amin & Abid.
  • Meet Your Idol akan disiarkan setiap Khamis, jam 11 malam bermula 10 September di Astro Ria, hasil produksi Thinker Studio.
Advertisement

Pengacara dan penerbit Meet Your Idol, Daniel Cheang menyifatkan kekuatan fandom sebagai antara faktor utama yang mendorongnya untuk menerbitkan program berkenaan. 

Menurut Daniel ataun nama lengkapnya Daniel Chenag Adenan Cheang,31, dunia hiburan tidak boleh dipisahkan daripada peranan peminat yang menjadi tulang belakang kepada perjalanan karier seseorang selebriti.

“DNA dan jiwa saya jika nak buat program adalah program yang dekat dengan jiwa penonton. Terlalu banyak kuasa pada mereka sebenarnya. Amin Abid berada di mana dia sekarang kerana peminatnya. Saya berada di sini sekarang kerana adanya penyokong di luar sana, begitu juga dengan semua idol yang bersama kami dalam program ini.

Advertisement

“Kalau bukan mereka (peminat), siapa lagi? Sebab itu bagi saya, this whole fandom word merupakan satu perkataan yang kuat. Selebriti yang popular pada hari ini adalah kerana penyokong,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembikinan Meet Your Idol, Daniel mengakui idea itu tercetus daripada keinginannya untuk memberi sesuatu kembali kepada peminat yang selama ini menjadi antara penyokong kuat industri hiburan.

Malah, pengalaman bertemu dengan selebriti dari luar negara turut membuka matanya bahawa ramai peminat sebenarnya menyimpan impian untuk bertemu atau mengenali lebih dekat idola mereka.

“Jadi bagi saya sangat legit untuk idea buat program sebegini untuk mereka kerana merekalah yang sentiasa menyokong kerjaya kita.

“Malah bila saya berkongsi yang saya dapat bertemu dengan barisan selebriti luar negara, mereka juga mempunyai impian yang sama. Jadi ini adalah satu cara saya bagi kembali apa yang saya rasa kepada komuniti dan kita bawakan dalam program ini,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Daniel mengakui menghasilkan program ini bukanlah satu tugas mudah, lebih-lebih lagi apabila pihak produksi perlu mengimbangi kreativiti dengan kekangan bajet dan masa.

Katanya, mendapatkan barisan idola untuk terlibat dalam program tersebut sahaja sudah menjadi satu cabaran, namun perkara paling penting adalah memastikan setiap episod mempunyai identiti dan pengalaman tersendiri.

“Ia begitu banyak aspek apabila kita mahu buat sesebuah program, lagi-lagi apabila kita perlu jaga bajet. Nak cakap pasal lock idol itu sudah satu cabaran.

“Namun dalam Meet Your Idol, pada setiap episod awak tak akan rasa benda yang sama sebab semuanya akan berlainan. Apa yang awak nampak dalam episod Amin Abid, awak tak akan lihat dalam episod Aina Abdul, Aisha Retno, ALPHA dan Dolla. 

“Masa yang dihabiskan untuk craft each episode sangat lama dan bila nak brainstorm idea macam ini, ia mengambil masa yang sangat lama.

“Ia menjadi musuh utama kami sebab kekangan masa itu sangat besar. Kami diberikan sedikit masa untuk produce sebuah program yang massive sebegini,” tambahnya. 

Program Meet Your Idol bakal menampilkan barisan selebriti tanah air antaranya Aisha Retno, Zarif Ghazi, Aina Abdul, ALPHA, Dolla serta pempegaruh kembar, Amin dan Abid. 

Meet Your Idol terbitan Thinker Studio bakal menemui anda setiap Khamis, jam 11 malam bermula 10 September di Saluran Astro Ria. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement