Skip to main content

Hiburan

Selepas Tiga Tahun Duda, Virgoun Selamat Nikah Dengan Pelakon

Astro Gempak 182

Sekilas

  • Virgoun, penyanyi Indonesia, telah berkahwin dengan pelakon Lindi Fitriyana pada 26 Februari 2026 dalam majlis tertutup di Episode Hotel, Tangerang.
  • Perkahwinan tersebut berlangsung secara sederhana dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat menjelang waktu berbuka puasa.
  • Ini merupakan perkahwinan kedua Virgoun selepas bercerai dengan Inara Rusli pada tahun 2023 yang melibatkan isu rumah tangga dan anak-anak.
Advertisement

Selepas tiga tahun bergelar duda, penyanyi Indonesia, Virgoun selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Lindi Fitriyana 26 Februari 2026.

Pasangan tersebut dilaporkan melangsungkan akad nikah dan resepsi dalam majlis tertutup yang diadakan di Episode Hotel, Tangerang, menjelang waktu berbuka puasa.

Advertisement

Berita perkahwinan kedua Virgoun itu disahkan selepas pelantun lagu Surat Cinta Buat Starla itu tampil memuatnaik foto dia dan isteri sambil menunjukkan cincin perkahwinan mereka di Instagram Story. 

Malah, dia turut mengulang siar Instagram Story rakan-rakan yang menitipkan ucapan buat perkahwinannya itu. 

Difahamkan, perkahwinan tersebut berlangsung secara sederhana dan intim dengan kehadiran keluarga serta kenalan rapat sahaja.

Advertisement

Untuk rekod, Virgoun sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Inara Rusli sebelum bercerai pada tahun 2023 susulan kontroversi rumah tangga. 

Sejak perceraian itu, hubungan mereka dilaporkan sering tegang termasuk melibatkan isu berkaitan anak-anak.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement