Skip to main content

Hiburan

“Semoga Terus Menjadi Abang Penyayang, Jaga Nama Baik Keluarga Dan Boleh Membimbing Adik-Adik Nanti" - Shahida

Astro Gempak 567

Sekilas

  • Datin Seri Shahida berkongsi ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun ke-18 anak sulungnya, Ammar Ahyan, di Threads.
  • Dia meluahkan rasa risau sebagai ibu apabila anak semakin dewasa, namun yakin Ammar tidak akan melupakan ibu bapa.
  • Shahida berharap Ammar menjadi insan berjaya, soleh, dan abang yang penyayang sambil menjaga nama baik keluarga.
Advertisement

Usahawan Datin Seri Shahida menitipkan ucapan penuh kasih sayang sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Ammar Ahyan yang kini genap berusia 18 tahun.

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida mengakui sebagai seorang ibu dia tidak terlepas daripada perasaan risau apabila anak-anak semakin meningkat dewasa.

Advertisement

“Mak-mak ni kan kadang dia terlalu overthinking. Yelah risau anak dah besar nanti dia dah tak pedulikan kita lagi.

“Tapi mama percaya Ammar bukan jenis yang lupakan Mama dan Abah dia,” tulisnya.

Menurut isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu, dia tidak mengharapkan apa-apa selain melihat anak sulungnya membesar menjadi insan yang berjaya serta soleh.

Advertisement

“Hari ini hari jadi Ammar Ahyan yang ke-18 tahun. Dah remaja dah anak sulung mama dengan abah ni.

“Tak nak minta apa pun, cuma nakkan dia berjaya, taat dan menjadi anak yang soleh.

“Jaga nama baik keluarga dan boleh membimbing adik-adik nanti. Semoga terus menjadi abang yang penyayang,” katanya.

vdfb

Dalam hantaran sama, Shahida turut berkongsi sebuah video kompilasi yang memaparkan momen Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammayan bermula sejak kecil sehingga kini.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement