Skip to main content

Selebriti

Sering ‘Meratukan’ Ibu, Isteri Kongsi Sisi Peribadi Atu Yang Tak Ramai Tahu - “Dalam Hidupnya Ada Dua Wanita Yang Dia Jaga”

Isteri Atu

Sekilas

  • Shafeeqa Johar berkongsi sisi peribadi Atu Zero yang sangat menghormati dan menjaga ibu serta adiknya, Ana.
  • Atu sudah jelaskan kedudukan ibu dan adik dalam hidupnya sebelum berkahwin, dan Shafeeqa menerima serta menyokong penuh sikap itu.
  • Hubungan mereka semakin kuat dengan sikap saling hormat dan kasih sayang, serta rutin berkumpul bersama keluarga setiap tahun.

Isteri kepada pelawak terkenal Atu Zero, Shafeeqa Johar, berkongsi satu sisi peribadi suaminya yang membuatkan dirinya semakin menghormati dan menyayangi lelaki itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shafeeqa berkata antara perkara menarik tentang Atu ialah sifatnya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu dan adiknya, Ana.

Malah katanya lagi, sejak sebelum berkahwin lagi Atu sudah menjelaskan kedudukan dua insan itu dalam hidupnya dan Shafeeqa menerimanya tanpa ragu.

“Tiada alasan tiada sempadan. Atu ni memang seorang yang ‘meratukan’ ibunya. Dalam hidupnya ada dua orang wanita yang dia jaga.

“Sebelum kahwin lagi dia terangkan pada saya, emak dan Ana. Tidak pernah sekali pun saya pertikaikan kasih dia sebagai anak dan seorang abang.

“Saya sebagai isteri memang kagum dengan pendirian dia. Saya? Saya hormat dan support. Saya seronok,” coretnya.

Shafeeqa juga turut mengakui bahawa pendirian suaminya itulah menjadi salah satu perkara yang menguatkan lagi hubungan mereka.

“Tiada iri, tiada dengki sebab saya yakin, doa ibu dan keluarga adalah asbab rezeki kami. Mereka lebih dahulu mengenal sesama adik-beradik. Bukan tugas saya untuk menidakkan.

“Tahun lepas beraya di Johor, tahun ni insya-Allah kita berkumpul di Kudat. Tapi setiap tahun l sebenarnya kami bersama.

“Raya Johor pun kami bawa emak bersama. Apa apa pun memang emak keutamaan. Moga Allah mempermudahkan urusan mu ya encik suami. Saya sayang semua,” coretnya.

Untuk info, Atu dan Shafeeqa mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sumayyah dan Sharif Salahuddin.

Must-Watch Video

Advertisement