Sekilas
- Yusuf Bahrin mahu lebih banyak berlakon dalam drama seperti Bayangan Dendam yang menonjolkan kemahirannya dan memberi cabaran baru.
- Dia berharap dapat cuba watak berbeza, terutama dalam genre thriller dan drama berat, berbanding drama cinta dan komedi yang biasa dilakonkannya.
- Dalam Bayangan Dendam, Yusuf memegang watak Inspektor Daniel dalam drama 12 episod yang mengisahkan persahabatan, pengkhianatan, dan kematian, ditayangkan di Viu.
Pelakon Yusuf Bahrin berkata dia mahu lebih banyak berlakon dalam drama seperti Bayangan Dendam yang dapat mengeluarkan kemahirannya dalam lakonan.
Menurut Yusuf, dia juga mahu mencuba pelbagai karakter yang berbeza daripada yang kebiasaannya sebelum ini.
“Saya harap sangat selepas ini saya tak banyak drama cinta… saya nak banyak drama macam ini (Bayangan Dendam) sebab dia lebih keluarkan skill berlakon.
“Lebih kena dengan jiwa saya dan saya juga nak cuba banyak lagi karakter yang berbeza. Contoh, jadi jahat ke dalam drama berat macam ini.
“Sebab genre cinta, komedi ini bagi saya, saya dah selalu buat. Jadi, saya nak buat sesuatu yang lain,” kata Yusuf kepada Gempak.
Yusuf ditemui ketika di majlis pelancaran drama Bayangan Dendam yang diadakan di Inspace KL, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Yusuf berkata dia seronok melakonkan watak drama bergenre romantik namun lebih memilih yang mencabar.
“Ikutkan semua genre bestlah… saya enjoy saja. Cuma kalau ada diberi pilihan, saya nak buat yang mana, saya nak pilih yang thriller suspense macam inilah, lebih best.
“Lebih best untuk kita explore dan kita gali lagi macam mana kita nak carry. Macam karakter polis. Kita bukan nak jadi polis in future.
“Cuma nak bawa watak poilis itu bagi orang percaya itu kena tahu macam mana. Jadi kena buat homework sikit,” katanya.
Untuk info, Yusuf membintangi drama Bayangan Dendam menerusi karakter Inspektor Daniel.
Drama bersiri 12 episod ini mengisahkan persahabatan, pengkhianatan dan kematian Melissa (Sophia Albarakbah) mengejut membabitkan Ariana (Erysha Emyra) dan Farhan (Nadhir Nasar) ditayangkan menerusi platform Viu pada Khamis dan Jumaat.